Idea dekorasi comel bilik tidur untuk anak anda kali ini dikongsikan oleh Aishahafiza melalui FB group ‘Kelab Kaki Deko’. Bilik tidur untuk anaknya yang berumur 8 tahun ini baru selesai diubahsuai daripada warna merah jambu kepada soft grey. Bersaiz kecil iaitu 9.5 kaki x 7.5 kaki, bilik ini didekorasi dengan tema pelangi dan paddle pop. Hanya perabot almari pakaian dan meja belajar yang belum dimasukkan ke dalam bilik. Boleh lihat perbezaan sebelum dan selepas setiap ruangan bilik dalam gambar di bawah.
Bilik Tidur Sebelum Bertemakan Merah Jambu
Katil dari IKEA.
Hasil Dekorasi Bilik Tidur Soft Grey Bertemakan Pelangi
- Katil dan tilam berharga dalam RM 1600 dari IKEA
- Kain cadar dari Shopee, kemudian dijahit sendiri
- Rak buku dari Shopee
- Langsir dari Romantika
- Deko pelangi pada dinding dari Mr. DIY
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
- Karpet bersaiz 120 x 160 dan aksesori pelangi dari Shopee
- Rak penyimpanan berharga RM 200 lebih dari IKEA
- Frame dari kedai Eco dan gambarnya dari Shopee
Comel, kan? Memang sangat sesuai untuk anak kecil anda.
Kredit: Aishahafiza Mohd Yusof