Deko rumah bujang – Sunyi kan kalau duduk seorang diri dalam rumah bujang, dah la tak ada teman berbual, balik rumah bila tengok kawasan rumah bersepah, barang-barang tak tersusun, persekitaran yang tak ceria, menambahkan lagi rasa sunyi tu. Rasa seperti malas nak duduk rumah bila keadaan rumah tak cantik.
Kalau ada sesiapa yang bersetuju dengan kenyataan ini, boleh baca perkongsian daripada seorang pelajar yang tinggal di rumah bujang bernama Nur Diyana. Dia memberi tips deko rumah bujang bajet mengenai bagaimana dia menghias ruang dapur, bilik, dan tandas rumahnya dengan anggaran bajet RM 200 lebih sahaja. Sesuai untuk orang yang masih berstatus pelajar dan tinggal bersendirian.
- Table top dibalut dengan wallpaper PVC dari Kaison
- 2 keping langsir, sekeping digunakan untuk bawah sinki disertakan dengan penyangkut bulat
- 3 batang rod belaras panjang berharga RM 3.99 setiap satu dari Super 99 Serdang
Tiles bercorak yang dilekat di dinding itu adalah sticker dari kedai Eco berharga RM 2.12 untuk 1 plastik. Sama juga dengan perkakas-perkakas dalam rak putih itu. Rak itu pula dibeli di IKEA.
Alas meja dari Mr. DIY yang berharga RM 1.70 dijadikan sebagai langsir.
Haaa siap buat senarai lagi. Jadi, sesiapa boleh lah simpan senarai ini sebagai rujukan untuk rumah anda.
Ini pulak dekorasi untuk bilik tidur.
- Dinding bilik air menggunakan wallpaper PVC dari Kaison
- Cat putih berjenama KTH (RM 25) digunakan untuk mengecat semula kolah dan batang paip
- Wallpaper berharga RM 20 untuk 1 roll berukuran 10 meter dibeli di Facebook
- Plat besi jenama Summer dari kedai Eco berharga RM 4 (2 keping)
- Alas meja sebagai langsir dari kedai Eco berharga RM 2
- Penyangkut rod berharga RM 2
- Rod langsir paling halus berharga RM 3
- Lampu kaktus dari kedai Eco berharga RM 9.90
Kredit: Nur Diyana
Facebook
RSS