Kadangkala, ruang yang sempit di kiri dan kanan rumah boleh dibuat menjadi satu ruang yang bermanfaat melalui olahan dan susunan yang menarik. Boleh lihat perkongsian daripada Kunije Tnije dalam FB group ‘KaMi SuKa DeKo DeKo’ mengenai pengubahsuaian sebuah laman yang terbiar yang dilakukan di sekeliling rumah seorang klien. Kongsinya, projek ubahsuai ini tidak memerlukan penggunaan pokok semata-mata, tetapi telah digabungkan dengan batu-batu kerikil dan bata tanah liat untuk memberi corak pada lantai.
Selain penyusunan pokok-pokok di dalam pasu, terdapat juga pokok-pokok sedia ada yang sudah besar yang dikekalkan. Dia juga menambah penggunaan rumput tiruan kerana mudah untuk dijaga serta decking dari kayu balau sebagai tempat bersantai di kemudian hari. Mari lihat hasil transfomasi ubahsuai laman rumah tersebut di bawah ini.
Laman Sebelum Ubahsuai
Proses Ubahsuai Laman Rumah
Pokok Podocarpus berharga dalam RM 300 ke atas. Tetapi lihat kepada tinggi dan saiz batangnya.
Hasil Transformasi Laman Yang Terbiar Selepas Ubahsuai
Pokok Caesalpinia Ferrea sebagai landskap.
Tidak ada masalah serangga di bawah decking disebabkan tapak bersimen, kemudian ditutup semua bahagian tepi dan dirapatkan kayu-kayu.
Jadi, selamat mendeko!
Kredit: Kunije Tnije
Facebook
RSS