Idea Dekorasi

Minat Mendeko, Lelaki Ini Kongsi Dekorasinya Untuk Rumah PPR Kecil 650 Sqft

Mohon share tanda suka

Bukan sahaja wanita, lelaki juga mempunyai hobi dan minat dalam dekorasi rumah. Salah seorangnya iaitu Ayden Abiden telah berkongsi hasil dekorasinya terhadap rumah jenis PPR berkeluasan 650 sqft dengan 3 buah bilik dan 2 buah bilik air.

Hasil Dekorasi Rumah PPR Keluasan Kecil

VIEW IN GALLERY

Memandangkan rumahnya kecil sahaja, dia turut berkongsi bagaimana ia mempunyai ruang simpanan tambahan selain kabinet dapur untuk menyimpan segala barangan. Dia membuat para menggunakan kayu bluti, 2 keping plywood tebal, 2 set bracket panjang dan bracket hiasan berwarna hitam dari kedai Eco. Selain laluan ke bilik air ini, ia turut dibuat di dalam bilik air.

Almari perhiasan dari IKEA.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Pokok skybird berukuran 1.6 meter berharga RM 200, karpet bulat dan langsir (kayu berukuran dalam 47 inci) dari Kaison.

Bangku sofa lama di-custom-made semula.

VIEW IN GALLERY

Pintu menggunakan wallpaper berukuran 2 meter dari kedai Eco (sebanyak 6 gulung dibeli).

VIEW IN GALLERY

  • Pasu dan bunga orkid dari Romantika
  • 2 buah karpet Chanel berharga RM 40 dari pasaraya GM Klang
  • Sarung kaki kerusi dari Mr. DIY

VIEW IN GALLERY

Dari Shopee:

– Jam berharga RM 106 – RM 124

– Armchair hijau emerald berharga RM 550

– Meja kopi gold

– Lampu

– Kabinet TV

– Aksesori kepala rusa 3D

– Wainscoting foam

– Sarung kerusi makan berharga RM 9.99

VIEW IN GALLERY

Sofa asalnya kerusi jati lama di-custom-made ala Chesterfield berharga RM 2100 oleh Brother Lim Cushion, Old Town, Petaling Jaya.

VIEW IN GALLERY

Selamat mendeko buat semua!

Kredit: Ayden Abiden

Related Posts