Siapa tidak suka dengan hiasan dalaman rumah yang menarik dan mempesonakan, betul? Apabila sudah mempunyai rumah, sama ada menyewa atau milik sendiri, pasti ada perasaan hendak mendeko sesedap mata memandang. Kini, banyak sumber boleh diambil sebagai ilham dekorasi rumah. Seperti Nur Shaa, selain Pinterest, inspirasi dari pereka hiasan dalaman terkenal sering dijadikan rujukan.
Dia berkongsi dekorasi rumah teres 2 tingkat miliknya menggunakan perabot dari IKEA dan SSF serta hiasan dari Kaison, Romantika, Spotlight dan sebagainya. Tambahnya, setiap orang berbeza citarasanya. Yang paling penting adalah, diri sendiri yang menentukan hiasan dalaman yang sesuai dan ‘kena’ dengan jiwa.
Hasil Dekorasi Rumah Teres 2 Tingkat
Dinding dipasang OSB board. Kos RM 1800.
HOME sign dari JackCreatus (Facebook).
- Sofa bed berharga dalam RM 1400 dan lampu meja konsol (menggunakan bateri) dari SSF
- Frame pokok, aksesori buku, meja konsol, bangku berharga RM 299, dulang kayu berukuran 35 x 22 x 4, balang kuih dan bangku putih dari Shopee
Cat dinding ruang tamu pula menggunakan jenama Jotun warna light grey.
Karpet jenama Vindum, meja kopi, lampu hiasan, pokok plastik besar, cermin hiasan dinding bulat, meja makan, pokok berjurai, lampu meja makan, katil jenama Leirvik dan meja sisi jenama Hemnes pula dibeli dari IKEA.
Frame khat hiasan dinding dari IG Shop @urbankayukufi.
Lampu rak pula dibeli dari Romantika.
Lihat juga dekorasi bilik tidur utama bertemakan biru gelap dan bilik anak perempuannya yang simple.
Lantai SPC. Kos hampir RM 2800.
Almari custom-made bersaiz 11 x 12 dengan kos RM 3.9K. Design olehnya sendiri.
Semoga bermanfaat dan memberi inspirasi kepada anda!
Kredit: Nur Shaa
Facebook
RSS