Dinding rumah anda menjadi menggerutu dan kasar? Nampak ‘cacat’ pula apabila dinding berkeadaan begitu. Oleh itu, di sini kami berkongsi penerangan dari Rahemah Alias menerusi sebuah laman blog mengenai cara-cara untuk memperbaiki masalah tersebut dengan memplaster simen putih pada dinding. Cara dan teknik ini juga digunakan untuk memplaster syiling rumah. Jom ikuti cara dan teknik plaster dinding di bawah ini.
Antara barang yang diperlukan:
1. Simen putih
2. Tong sampah
3. Baldi untuk mencampurkan simen putih dan air
4. Air
5. Scrapper
5. Pisau
6. Jibson box (seperti syiling kapur yang lembut)
7. Tempat pemegang simen putih
Cara menjadikan simen putih nampak cantik:
Letakkan sedikit air mengikut kuantiti yang nak diplaster.
Letakkan serbuk simen putih. Kemudian, ratakan serbuk simen dengan air.
Letakkan simen ke dalam air sehingga ia menutup permukaan air. Jangan gaulkan semua sekali.
Cara plaster dinding:
Potong sedikit (sudut 45 darjah) di bahagian yang ingin ditampal.
Mengapa bersudut? Untuk memberi simen putih memegang permukaan dengan lebih kuat dan apabila diplaster, simen putih tidak berbonjol.
Ambil sedikit simen putih.
Tampal menggunakan alatan ini.
Facebook
RSS