Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Pertama Kali Dekorasi, Perubahan Ke Atas Bilik Tidur Ini Wajar Dipuji
    Bilik Tidur

    Pertama Kali Dekorasi, Perubahan Ke Atas Bilik Tidur Ini Wajar Dipuji

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 19, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Bagi sesetengah orang yang tiada bakat dan pengalaman dalam bab dekorasi ni pasti akan melalui sedikit kesukaran untuk mendapatkan idea. Sama juga seperti pengguna Facebook Adil Shahrom yang membuat keputusan untuk mengubahsuai bilik tidurnya yang sudah digunakan selama 8 tahun. Dia menjadikan bilik tidur ini bukan sahaja sebagai tempat untuk berehat tetapi juga ada ruang untuk solat, ruang untuk melakukan kerja dan yang paling menarik, ada ruang tamu mini khas untuk bersantai. Menurutnya, dia begitu mementingkan kepuasan hati dan mata sendiri jadi, idea untuk konsep dan dekorasi dalam bilik tidur ini dirancang dan dilaksanakan sepenuhnya oleh diri sendiri.

    Sebagai seorang yang pertama kali dalam dunia dekorasi, antara yang dipelajari Encik Adil adalah:

    1. Perancangan itu penting. Ini adalah untuk mengelakkan terlebih belanja semasa membeli barangan dan aksesori. Perlu juga pastikan setiap perabot sesuai mengikut ruang dalam bilik.
    2. Lighting juga penting kerana ia boleh mempengaruhi ‘mood’ kita dalam bilik.
    3. Susunan karpet memberi kesan pada susun atur ruang bilik sama ada nampak kemas atau sebaliknya.
    4. Warna pada dinding bilik sama ada ‘cool feel’ atau ‘warm feel’ menentukan ‘mood’ kita.
    5. Pemilihan cadar katil boleh mengubah gaya dalam bilik.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Bilik terbahagi kepada 3 bahagian. Kiri merupakan ruang solat, di tengah sebagai ruang berehat dan kanan untuk ruang kerja. Dinding menggunakan cat jenama Jotun kod 6243 warna Classic Green. Tuan rumah menyukai warna hijau kerana baginya, ia mempunyai ‘cooling effect’ yang membuatkan dia sentiasa berasa tenang dan nyaman.

    VIEW IN GALLERY

    • Meja dari kilang perabot Like Bug Sdn. Bhd. di Sg. Buloh atau melalui Shopee. Add on laci dari IKEA jenama Alex berukuran 120 cm x 10 cm
    • Lampu meja dari IKEA

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Cadar dari IKEA.

    VIEW IN GALLERY

    • Cermin bulat dari IKEA
    • Karpet dari IG shop @homeliving.my
    • Kerusi dari kedai perabot Bukit Jelutong di Shah Alam

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Adil Shahrom

    idea deko bilik tidur tips deko pertama kali ubahsuai menarik dan kemas
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Deko Ruang Tamu & Ruang Makan Untuk Peminat Grey
    Next Article Idea Ubahsuai Dinding Ruang Makan Kepada Accent Wall

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.