Mari lihat perkongsian sebuah projek ruang laundry yang dibuat pada hujung tahun 2018 oleh Amirul Zaidi di laman belakang rumahnya. Asalnya terbuka, dia menambah bumbung polikarbonat, louvers dan menaikkan sedikit bata. Menggunakan kabinet jenama Metod dengan kos RM 2K lebih, ini kerana dia sudah mengetahui cara pemasangannya semasa pembinaan dapurnya dahulu.
Sebelum: Ruang Asal
Sebelum ini menggunakan top load. Kemudian bertukar ke front load dan pengering jenis condenser jenama Bosch berharga RM 3992 dari Harvey Norman.
Penyangkut besi dari kedai hardware.
Proses Projek Pembinaan Ruang Laundry
Design sendiri menggunakan planner Metod IKEA mengikut bajet masing-masing.
Design Akhir
Design ini membantu mengelakkan pengguna dari membongkok.
Selepas itu boleh mulakan hack dinding dan menarik wiring dan paip air (ditanam dalam dinding). Proses ini agak lama hendak disiapkan kerana dilakukan sendiri.
Mulakan pemasangan frame. Counter top dari laminated particle board dipotong sendiri.
Lubang ditebuk sendiri menggunakan mesin gergaji, kemudian silikon diletakkan di sekeliling sinki.
Setelah semua piping dan wiring berfungsi dengan baik, naikkan mesin dengan membuat platform sementara untuk mengangkat dan menolak masuk mesin.
Hasil Ruang Laundry Menggunakan Kabinet Metod IKEA
8 buah kaki dari stainless steel.
Kabinet kurang bergegar kerana diletakkan pad penyerap di bawah mesin. Terdapat juga sokongan menggunakan railing dan lubang untuk ruang udara pada kabinet.
Sinki jenama Boholmen (berdiameter 45 cm) berharga RM 215, balang jenama 365+ dan frame gambar daun dari IKEA.
Shiplap dan dekorasi ditambah.
Lampu dan kipas meja jenama Mistral berharga RM 178 dari Shopee.
Ruang Ironing Bertentangan Mesin Basuh
Papan iron jenama Philips.
Memang berpuas hati dengan hasil kabinet ini.
Kredit: Amirul Zaidi
Facebook
RSS