Ya, inilah koleksi reka bentuk rumah moden yang mampu penulis tengok. Ada di antara rumah di bawah sangat popular di internet yang menjadi bukti betapa gah seni bina dan rekaannya yang menjadi sebab kenapa saya teruja untuk berkongsi dalam entri kali ini walaupun sememangnya tahu mampu itu belum tentu.
Sememangnya, tajuk di atas dipilih berdasarkan pandangan penulis, jadi kalau ada pebaca hias.my yang mampu memilikinya, tajuk ini mungkin tidak sesuai. Pemilihan senarai reka bentuk rumah moden terbaik ini juga berdasarkan citarasa saya yang mana saya rasa cantik dan awesome. Bagaimanapun saya sedikit yakin yang anda juga rasa seperti yang saya rasa. Rumah-rumah moden ini sangat hebat binaannya sehinggakan menjadi kebanggaan dalam dunia senibina moden.
Reka bentuk rumah moden & pengaruh lokasi.
Apa yang membuatkan rumah moden nampak istimewa berbanding biasa? Sebenarnya, salah satu kriteria yang menjadikan rumah ini sangat cantik adalah lokasi rumah-rumah ini dibina. Kami ambil rumah yang direka oleh SAOTA sebagai contoh, yang selalunya memilih lokasi unik seperti di tepi bukit, dekat dengan laut, atau di tepi pantai berbatu yang menawarkan penghuni rumah peluang menikmati pemandangan yang menakjubkan dan santai dengan bunyi ombak menghempas batu. Alam semulajadi memberikan impak yang besar dalam seni bina.
Saiz kediaman
Seterusnya, saiz rumah. jika ditanya pendapat, ramai yang akan setuju bahawa rumah besar dan mahal semestinya cantik atau nampak gah. Namun pendapat ini ada kalanya tidak tepat. Cuba lihat reka bentuk rumah minimalis yang kreatif ini. Hasil gabungan citarasa serta gaya si pemilik dan kreativiti arkitek menghasilkan reka bentuk rumah moden yang cantik, tanpa mengambil kira saiz rumah.
Gaya Seni bina
Bercakap tentang gaya, ini membawa kita kepada kriteria berikut. Gaya dalam seni bina. Ini adalah satu lagi perkara yang berkait rapat dengan personaliti seseorang, tetapi anda perlu akui, apabila seseorang mempunyai gaya, ini adalah jelas kepada semua orang. Saya rasa arkitek dan pemilik rumah dalam artikel ini mempunyai gaya yang menakjubkan dalam seni bina. Semua reka bentuk rumah moden ini membawa identiti tersendiri sebagai reflek personaliti pemilik.
“Wow faktor” reka bentuk rumah moden
Setelah kita ambil kira semua kriteria di atas, kita akan sedar adanya satu, “wow faktor”. Apabila kita lihat rumah dengan reka bentuk yang moden, rasa kagum itu datang. Ini boleh digambarkan sebagai “wow faktor”, dan, pada akhirnya, ini adalah sebab utama mengapa rumah-rumah ini berada dalam senarai ini. Kesemuanya telah menarik perhatian saya, membuatkan saya minat dan kagum.
Baiklah, sekarang mari kita lihat sendiri rumah-rumah tersebut. Kita tengok apa pendapat anda. Reka bentuk rumah manakah yang akan menjadi pilihan anda? Sila beritahu saya di ruangan komen di bawah.
Gallery of 44 Reka Bentuk Rumah Moden Idaman Mampu Lihat
Tags: #rumah mewah #rumah mewah minimalis #rumah moden