Mari ‘cuci mata’ melihat renovasi sebuah rumah teres 2 tingkat corner lot (subsale) di Indera Mahkota 1, Kuantan, hasil gabungan ilham kontraktor Engku Nurhaezah serta anak dan menantunya, dan idea tuan rumah, Shahida Daud. Merupakan rumah ke-2 dengan nama sendiri, dia mendapat kunci pada 11/11/2019 lalu mencuba merealisasikan hasratnya untuk mendapatkan rumah impian. Dengan kos RM 150K, ia akhirnya menjadi realiti, menggunakan tema yang sedap mata memandang dan konsep yang disukainya iaitu simple dan minimalis moden.
Sebelum & Selepas Renovasi Rumah Teres 2 Tingkat
Jun 2020 – Bermula Renovasi
Warna merah itu adalah warna kegemarannya.
Kod warna Kansai Paint:
Luaran
- Pergola, tiang, palang, frame, feature wall – Thames Dusk 41
- Dinding – Geneva Morn 51
- 3 frame feature wall – Red Flame R7-A1-1
Dalaman
- Semua – Ravine 62
- Wainscoting tangga – Paris Paving 53
Kos pintu jenama New Edge, beserta pintu keselamatan kecil di balkoni adalah RM 4250.
Ruang Tamu
Ruang Makan
Diserikan dengan feature wall dan wainscoting.
Kawasan sinki adalah bilik air asal. Ia dipecahkan dan dibuat baru.
Pembahagi build-in dan sinki dari Lazada (China).
Dapur Basah
Bertemakan warna hitam putih.
Di pembahagi bersebelahan sinki adalah ruang laundry.
Dapur Kering
Bilik Air
Konsep warna yang sama seperti bilik air di tingkat atas iaitu hitam putih.
Rak build-in.
Ruang Menonton
Tangga
Tangga lama dari kayu dibuang dan ditukar kepada batu.
Di bawah tangga terdapat stor. Di hadapan stor pula terdapat jalan alternatif menuju ke dapur.
Di kiri dan kanan adalah bilik.
Ruang Keluarga
Di tepi, terdapat pintu menuju ke balkoni.
Laluan menuju ke tingkat bawah.
Rasa berpuas hati kan dengan hasil kerja keras sendiri dalam memiliki rumah impian.
Kredit: Shahida Daud
Facebook
RSS