Bagi yang mempunyai kebun, pasti bercita-cita untuk membina sebuah rumah di situ. Salah seorangnya iaitu Ja Zahirah telah membuat rumah kebun tersebut, namun terbengkalai akibat PKP. Setelah hampir setahun lebih berlalu, akhirnya rumah kecil ini berhasil juga disiapkan. Dengan kos dalam RM 80K, kebanyakannya DIY sahaja.
Proses Pembinaan Rumah Kebun
Lantai simen render.
Pintu dari grill besi diamond dan luarnya dilapisi dengan corrugated clear roof (clear zink) yang di-skru pada frame pintu.
Atap dikitar semula dari bumbung tanah liat surau lama.
Hasil Pembinaan Rumah Kebun Kecil
Loteng menggunakan H-beam kerana bukaannya agak lebar (sekiranya kayu, ia tidak cukup panjang dan perlu mempunyai tiang di bawahnya), lantai dari plywood tebal dan pintu, struktur bumbung dan loft menggunakan besi untuk mengelakkan anai-anai dan mengurangkan penyelenggaraan.
Lantai bawah berketinggian 8 kaki.
- Karpet dari Nilai 3
- Sofa dari SSF
Elektrik menggunakan genset.
Perkakas untuk pintu barn sliding dari Shopee.
Tidak mempunyai bumbung, hanya kayu dari kebun dan batang bertam.
Semoga usaha dan cita-cita anda yang sedang membina rumah kecil di mana jua juga berhasil kelak.
Kredit: Ja Zahirah Harun
Facebook
RSS