Deko Rumah Berkembar 1 Tingkat Bertemakan Neutral Dengan Cahaya Semulajadi
On
Pencinta neutral pasti tahu ianya warna yang santai dan menenangkan. Disebabkan itu, dekorasi sebuah rumah berkembar 1 tingkat ini dipenuhi warna-warna neutral dan tekstur semulajadi. 2 tahun diduduki, rumah bersaiz teres standard iaitu lebih kurang 1200 sqft ini turut menerima banyak cahaya semulajadi pada siang hari, salah satu kriteria utama yang dicari pemilik untuk rumah pertamanya.