Jika sekali sudah ‘join’ group-group deko di Facebook ni, mustahil untuk kita tidak terpengaruh atau teringin untuk mencuba deko oleh ahli-ahli group lain walau sekali. Khairunazwa juga tidak terlepas dari situasi ini apabila dia telah memasang brick wallpaper di ruang dapurnya akibat terpengaruh dengan ahli-ahli group ‘Kami Suka Deko-Deko’ yang disertainya. Bermodalkan RM 11.90 sahaja untuk segulung, dengan pertolongan suami untuk memasangnya di dapur, wallpaper dari Mr. DIY ini menjadikan ruang dapurnya terasa lebih luas dari sebelumnya. Jom kita lihat bagaimana rupa dapur Khairunazwa yang begitu comel ini setelah dipasang wallpaper tersebut.
SEBELUM
SELEPAS
Teko hijau dari China, dibeli melalui Lazada.
- Pokok pegaga artificial dari SSF Home Deco
- Bekas telur dari kedai Rafflesia Classic Collection, Nilai 3 (muat sepapan telur)
Kabinet dinding bercermin ditempah dari kedai kabinet, dan dipasang oleh pekerjanya.
Set meja makan (kerusi plastik) berharga RM 3700 dari SSF Home Deco.
- Pokok olive berharga dalam RM 300 (termasuk penghantaran) dari Shopee
- Langsir dari kedai langsir Maju Jaya, Nilai 3 dan pengikatnya dari Mr. DIY
- Peti ais di’makeover’ dengan spray menggunakan cat jenis glossy dari kedai hardware
Melihat pada deko dapur yang berwarna-warni ini, boleh nampak jiwa kanak-kanak tuan rumah ini. Memang comel sangat!
Kredit: Khairunazwa Abd Samad
Facebook
RSS