Semenjak pelaksanaan PKP oleh kerajaan, ramai yang bekerja dari rumah, bukan? Atas sebab itu, jika boleh, kita memerlukan keadaan dalam rumah serta bilik yang selesa untuk melakukan sebarang kerja. Oleh itu, kami kongsikan transformasi yang wow sebuah bilik tidur hasil sentuhan ID Fara Nana. Untuk transformasi ini, tuan punya bilik berkeinginan untuk mengubah biliknya kepala ala-ala hotel. Maka, projek mengubahsuai bilik tidur yang biasa kepada ala hotel telah dilaksanakan. Nampak lebih selesa dan luas! Hasilnya boleh dilihat dalam perkongsian gambar sebelum dan selepas transformasi bilik tidur ala hotel di bawah ini. Selamat ‘mencuci mata’!
Keadaan Bilik Sebelum Melalui Transformasi
Fara mengekalkan kipas, pintu dan lantai vinyl dalam bilik ini.
Hasil Transformasi Ala Hotel Dalam Bilik Tidur
Cat menggunakan jenama Dulux code warna Castlestone Rose.
- Kabinet laci dan cermin dari IKEA
- Karpet (material fabrik) dari Jalan TAR
Lukisan dinding dihasilkan sendiri.
Frame katil dan armchair custom-made dari kilang.
Semoga menjadi inspirasi buat mereka yang turut menginginkan suasana ala-ala di hotel di dalam bilik tidur.
Kredit: Fara Nana
Facebook
RSS