Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik air»Ubahsuai Mudah dan Jimat Bilik Air Guna Bajet Kurang RM 300
    Bilik air

    Ubahsuai Mudah dan Jimat Bilik Air Guna Bajet Kurang RM 300

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 10, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Bilik air kotor? Warna asal tak cantik? Walaupun sudah dicuci dan disental berkali-kali, bilik air tetap nampak tak bersih? Kalau nak renovate sudah pasti memakan kos yang tinggi. Jadi, cara yang mudah dan jimat ada disediakan dalam perkongsian ini. Ubahsuai bilik air cara mudah, jimat kos dan cepat ini juga dilakukan oleh Suriati Zamri yang menggunakan bajet kurang daripada RM 300. Memang mudah kerana hanya perlu mengecat semula lantai dan dinding bilik air, terus kelihatan seperti baru. Tak perlu sebarang renovation pun. Apa yang diperlukan hanya lah cat untuk dinding dan lantai bilik air. Puan Suriati memilih jenama Nippon Paint.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Cat ini perlu dibeli berpasangan.

    1. Undercoat Hycote 51WT + Hycote Hardener: RM 98 seliter

    VIEW IN GALLERY

    1. EA4 Finish (putih) + EA4 Finish hardener: RM 45 seliter
    2. EA4 Finish (hitam) + EA4 Finish hardener: RM 45 seliter

    Bancuh kedua-dua cat ini mengikut sukatan tetapi perlu dibancuh sedikit sedikit sahaja disebabkan adanya hardener yang membuatkan cat cepat keras. Sekiranya disapu juga, permukaan dinding akan menjadi berketul-ketul. Satu kerja pula nak kikis balik kan.

    VIEW IN GALLERY

    Keseluruhan bilik air ini menggunakan 1 liter cat undercoat dan 2 liter cat putih menggunakan roller. Kemudian, dikemaskan menggunakan berus. 1 liter cat hitam digunakan sedikit sahaja untuk membuat corak pada lantai bilik dan cat dinding shower room. Cara untuk hasilkan corak diamond ini adalah:

    1. Buat template
    2. Lukis satu persatu pada lantai
    3. Tapekan sekeliling lukisan
    4. Kemudian, cat

    Antara barang-barang dalam bilik air ini adalah kabinet dari IKEA, pokok berjuntai dari Kaison, pasu dari kedai nurseri dan kabinet cermin dari IKEA.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Suriati Zamri

    cara mudah dan cepat idea ubahsuai bilik air tips bajet murah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTransformasi Rumah Pusaka Usang Kepada Deko Hello Kitty
    Next Article Ubahsuai Rumah Teres 1 Tingkat Yang Simple Dan Kemas

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    Pembinaan Bilik Dalam Ruang Bawah Tanah Sebagai Suite Tetamu. Selesa & Relaks!

    July 25, 2023

    Pembinaan Bilik Air Baru Melalui Renovasi Bilik Ruang Bawah Tanah Yang Mesra Bajet

    July 23, 2023

    Ubahsuai Bilik Berkonsepkan Moden Yang Mampu Milik Untuk Kanak-Kanak Lelaki

    July 21, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.