Cara Mudah Cuci Sinki Untuk Hilangkan Mendapan Air Keras

  • Rishdan
  • 17 May 2017
  •   Comments Off on Cara Mudah Cuci Sinki Untuk Hilangkan Mendapan Air Keras
Cara mudah cuci kepala paip atau sinki

Seperti yang kita sedia maklum, dapur adalah ruang yang sangat penting & boleh dikatakan sebagai nadi bagi sesebuah kediaman. Di sini lah makanan disediakan sebagai hidangan untuk seisi keluarga anda. Adalah sangat penting untuk kita pastikan kebersihan dapur di tahap yang terbaik.

Pernah tak anda lihat kesan mendapan warna putih pada kepala paip atau sinki. Biasanya ia terjadi pada sinki atau kepala paip aluminium. Mendapan ini akan menjadikan permukaan sinki atau kepala paip aluminium di dapur anda menjadi pudar & nampak kusam. Sebagai contoh anda boleh lihat gambar di bawah. Tahu kah yang ini berpunca daripada kesan air keras (hard water).

VIEW IN GALLERYCara mudah cuci sinki kotor menggunakan cuka

Air keras sebenarnya merujuk kepada kandungan ion Magnesium & ion Kalsium yang tinggi dalam air tersebut. Sinki & pili sangat cenderung kepada kotoran yang terhasil daripada mendapan air keras ini. Kotoran ini biasanya sangat sukar untuk hilang. Ini menyebabkan sinki anda yang sebelumnya berkilat kini jadi suram & tak menarik.

Jangan risau. Dengan idea yang boleh dikatakan sebagai bijak ini, sinki atau paip anda akan kembali berkilat sama seperti mula-mula pasang dulu. Idea yang sangat mudah & menggunakan bahan-bahan yang biasa kita guna di dapur.

VIEW IN GALLERYCara mudah cuci sinki menggunakan cuka

Anda tidak perlu guna bahan kimia khas untuk hilangkan kotoran ini. Cukuplah dengan cuka, kain buruk & span. Cuba lihat idea dari Crouton Crackerjacks di bawah untuk gambaran terperinci. Jom cuba sendiri cara mudah cuci sinki menggunakan cuka.

Asid dalam cuka akan bertindak untuk melarutkan mendapan tadi & hasilnya – kotoran senang untuk dibersihkan.
Anda boleh cuba sendiri cara ini yang memang mudah untuk cuci sinki atau kepala paip.Jangan lupa kongsikan dengan kami jika tips ini berjaya.Kami ingin ketahui apa hasil anda di ruangan komen di bawah.

Subscribe to our Newsletter