DIY Wainscoting Guna Bajet RM 400+ Sahaja

Antara dekorasi dalam rumah yang menjadi pilihan ramai masa kini adalah wainscoting. Penggunaan kayu pada dinding yang dicat memberi impak berbeza pada ruang dalaman rumah, menjadikan rumah akan sentiasa kelihatan mewah dan berseri. Namun, untuk menggunakan khidmat upah untuk membuat wainscoting ini adakalanya mahal. Disebabkan itu, kita boleh memilih untuk memakai khidmat sendiri sahaja yang pastinya lebih murah. Puan Nur Fazlinda menerusi group FB Kelab Kaki Deko ada berkongsi cara untuk memasang sendiri wainscoting dengan anggaran bajet dalam RM 400+ sahaja. Boleh lihat langkah-langkah yang telah disediakan olehnya di bawah.

VIEW IN GALLERY

Senarai alatan yang diperlukan. Ukuran menggunakan tali tape kerana bacaan lebih tepat dan mudah.

VIEW IN GALLERY

Puan Fazlinda menggunakan wainscoting jenis kapur dan senarai ini merupakan cawangan-cawangan syarikat yang menjualnya.

VIEW IN GALLERY

Contoh-contoh design wainscoting yang boleh dijadikan rujukan.

VIEW IN GALLERY

Ini merupakan design yang paling simple berharga RM 5.40 untuk sebatang dan bersaiz lebih kurang 5 kaki. Terdapat pilihan design yang lain dengan harga yang berbeza.

VIEW IN GALLERY

Potongkan kepada ukuran 45 degree.

VIEW IN GALLERY

Cantumkan batang yang telah dipotong dan pastikan setiap batang sama seperti gambar di atas.

VIEW IN GALLERY

 

Bancuhkan gam untuk dilekatkan pada kapur dengan air. Untuk sukatan hanya pastikan ia tidak keras mahupun cair.

VIEW IN GALLERY

Gam yang digunakan yang dibeli dari syarikat Uniplaster berharga RM 21++.

VIEW IN GALLERY

Sapukan gam yang telah dibancuh dengan tebal pada batang kapur dan lekatkan pada dinding. Kemudian, tekankan dari hujung ke hujung batang selama 10 saat untuk memastikan ia kukuh. Pastikan tiada lopong seperti di bawah.

VIEW IN GALLERY

Ukuran frame dari lantai adalah 5 inci dan ukuran frame dari border adalah 6 inci.

VIEW IN GALLERY

Cat berwarna pink belacan berharga RM 98+ (5 liter). Recommended oleh tuan rumah.

VIEW IN GALLERY

Cat berwarna putih berharga RM 28+ (1 liter).

Hasilnya?

VIEW IN GALLERY

Wallpaper bercorak dari Romantika.

Kredit: Nur Fazlinda

Scroll to Top