Cuba 10 Idea Ini Untuk Dapur Kecil Kelihatan Lebih Selesa

  • Rishdan
  • 07 Dec 2016
  •   Comments Off on Cuba 10 Idea Ini Untuk Dapur Kecil Kelihatan Lebih Selesa

Susunan dan hiasan dalaman dapur memainkan peranan cukup penting untuk memastikan dapur selesa ataupun tidak. Untuk ubahsuai ruang dapur sudah semestinya memerlukan modal yang besar. Usah risau, ada cara atau idea dekorasi dapur kecil yang mungkin anda boleh buat sendiri di rumah untuk jadikan ruang dapur lebih selesa dan kemas.

Cuba guna 10 tip dan idea di bawah untuk memaksimakan keselesaan dapur kita.

1 # Tetapkan lokasi untuk memasak. Barang-barang serta alatan memasak yang sentiasa digunakan untuk memasak perlu di simpan dekat dengan tempat memasak. Cara ini akan memudahkan penyimpanan dan menjimatkan masa anda semasa memasak.

Susun atur dapur bersaiz kecil yang kemas dan menarik
Rekabentuk dapur bersaiz kecil

2# Menggunakan setiap ruang yang ada untuk menyimpan barang cth seperti ruang-ruang tersembunyi di pintu kabinet dapur, di dinding atau bahagian atas kabinet.

VIEW IN GALLERYRak penyimpanan besi

3# Barang-barang atau alatan memasak yang jarang digunakan seeloknya di simpan di satu tempat seperti laci. Dengan cara ini senang untuk kita cari balik barang-barang tersebut bila perlu.

VIEW IN GALLERYIdea ruang simpanan di dapur yang kecil

4# Pinggan mangkuk seeloknya di susun secara bertindih di dalam laci yang di buat khas. Cara ini dapat menjimatkan ruang yang terhad.

VIEW IN GALLERYCara susun pinggan dalam laci untuk lebih kemas

5# Pilih hanya bekas penyimpanan dengan saiz yang sesuai dengan peralatan dapur yang lain. Ia akan memberi lebih paparan menarik dan praktikal untuk digunakan.

VIEW IN GALLERYidea kabinet dapur dengan rak terbuka

6# Gunakan ruang semaksima yang mungkin. Pintu juga boleh digunakan sebagai tempat menyangkut apron atau tuala tangan.

VIEW IN GALLERYSusun atur dapur yang cantik dengan menggunakan setiap ruang seperti rak apron

7# Jika ruang dalam kabinet dapur terhad, alatan memasak seperti kuali atau periuk yang selalu di gunakan elok digantung di dinding dan diatasnya mungkin boleh pasang satu rak atau para. Antara kelebihan cara ini ianya menampakkan susunan yang lebih kemas dan juga senang di ambil.

VIEW IN GALLERYRak dari stainless steel ini sesuai di pasang pada dinding

8# Bakul boleh digunakan untuk simpan perkakas dapur atau sayur-sayuran secara efektif.  Contoh bakul yang boleh digunakan & cantik seperti bakul rotan.

VIEW IN GALLERYBakul rotan untuk hiasan dalaman dapur

9# Gunakan bekas pelbagai saiz, corak atau warna untuk menjimatkan ruang dapur di samping menjadikan ruang dapur lebih ceria.

10# Simpan sudu atau garfu dalam satu bekas di dalam laci.

VIEW IN GALLERYidea bagus untuk menyimpan sudu dan garfu dengan lebih kemas

Kredit : impiana.my

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter