Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»10 Kegunaan Cuka Untuk Ruang Dapur Yang Mungkin Anda Tak Tahu (PART 1)
    Dapur

    10 Kegunaan Cuka Untuk Ruang Dapur Yang Mungkin Anda Tak Tahu (PART 1)

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 1, 2021Updated:January 2, 20211 Comment2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Bukan sahaja digunakan dalam masakan, cuka juga mempunyai pelbagai kegunaan untuk cuci ruang dapur yang mungkin anda tidak tahu. Di sini, kami kongsikan 10 kegunaan cuka untuk cuci ruang dapur yang perlu anda tahu. Teruskan membaca!

    VIEW IN GALLERY

    1. Masalah sinki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur

    Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar garam dan 1 sudu kecil cuka.

    1. Membersihkan meja atau ‘counter top’ dan membuatkannya berbau harum semula

    Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

    1. Membersihkan dan mewangikan saluran paip sinki dan lubang paip lantai

    Tuangkan 1 cawan baking soda dan 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit, kemudian tuangkan air panas.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    1. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah

    Tuangkan sehingga rata ½ cawan baking soda dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.

    1. Cuci microwave dan oven

    Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra-microwave. Letakkan campuran itu di dalam microwave dan oven sehingga mendidih selama beberapa minit. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.

    1. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais

    Lap menggunakan kain yang dicelupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    1. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais

    Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.

    1. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak

    Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 – 15 minit sebelum mencuci dengan span.

    1. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar

    Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan bilas.

    1. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan

    Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk penaik.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Untuk bahagian 2, kami akan kongsikan lebih banyak lagi kegunaan cuka yang perlu anda tahu.

    Kredit: Rose Gold

    idea ruang dapur bersih kegunaan cuka tips untuk ruang dapur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePening Nak Susun Atur Barang Dapur? Boleh Lihat & Tiru Cara Wanita Ini
    Next Article 11 Kegunaan Lain Cuka Yang Mungkin Anda Tak Tahu (PART 2)

    Related Posts

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    5 Cara Untuk Gayakan Dapur Neutral, Menambah Tarikan & Warna Dengan Bajet

    July 6, 2023

    Ubahsuai Dapur Berkonsepkan Tradisional Moden Terbuka Dengan Tema Putih

    June 26, 2023

    DIY Peg Rail Di Dapur Dengan Design Klasik, Timeless & Berfungsi. Bajet & Mudah!

    June 16, 2023

    Cara Mudah Untuk Mengecat Kabinet Dapur Tanpa Sanding. Transformasi Yang Bajet!

    June 9, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.