Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»5 Beradik Berkongsi 1 Bilik Tidur, Susun Aturnya Tetap Kemas Dan Tersusun
    Bilik Tidur

    5 Beradik Berkongsi 1 Bilik Tidur, Susun Aturnya Tetap Kemas Dan Tersusun

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDMarch 5, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    deko bilik biru 1
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Seringkali orang akan menyangka bahawa bilik yang dikongsi beramai-ramai akan menjadi tidak teratur dan bersepah, terutamanya apabila penghuninya adalah kanak-kanak. Namun berbeza dengan bilik tidur ini yang dihuni oleh 5 orang adik-beradik, 4 orang lelaki dan seorang perempuan yang masing-masing berumur 14 tahun (kembar), 12 tahun, 7 tahun dan 6 tahun. Menurut ibu mereka iaitu Eiza Nas, 5 beradik ini berkongsi 1 bilik tidur kerana mereka menyewa rumah yang mempunyai 2 buah bilik sahaja. Namun, ia tetap nampak kemas dan tersusun.

    Semua pakaian, buku dan alat permainan diletakkan dalam 1 bilik ini. Perabot seperti almari dan rak membantu bilik ini nampak lebih tersusun. Untuk mendapatkan rak dan almari tersebut, dia membelinya sedikit demi sedikit, dan terdapat juga rak yang merupakan pemberian orang. Apapun, yang ingin ditunjukkan di sini adalah, susun atur bilik tidur ini yang kemas dan tersusun walaupun dikongsi oleh 5 orang.

    VIEW IN GALLERYrak barangan

    VIEW IN GALLERYrak barangan 1

    VIEW IN GALLERYdeko bilik biru

    Rak putih yang besar adalah pemberian rakannya. Ia di’custom-made’ dari lebihan kayu-kayu untuk membuat kabinet dapur. Asalnya bercampur corak tetapi kemudian dicat. Rak kecil di atasnya pula dibeli sewaktu jualan gudang Cosway.

    Rak besi dari Shopee.

    VIEW IN GALLERYdeko bilik biru 1

    VIEW IN GALLERYrak barangan 2

    Kotak kasut berharga RM 2 lebih dari Shopee dijadikan rak barangan.

    VIEW IN GALLERYalmari pakaian 3

    Almari dibeli dari gudang. Jenis 3 pintu (berharga RM 149) untuk anak lelaki manakala jenis 2 pintu (berharga RM 119) untuk anak perempuan.

    VIEW IN GALLERYalmari pakaian

    VIEW IN GALLERYalmari pakaian 1 2

    VIEW IN GALLERYalmari pakaian 2

    Rasa lega hati seorang ibu apabila dapat menyediakan bilik tidur yang selesa untuk anak-anaknya. Walaupun tidak mewah tetapi kemas dan tersusun.

    Kredit: Eiza Nas

    deko bilik tidur anak deko tema biru idea deko bilik
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDekorasi Kondo 900 Sqft Gaya Moden Hasil Sentuhan Lelaki Bujang
    Next Article Nampak Sangat Berbeza, Hasil Deko Rumah Kos Rendah Yang Kosong

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.