Masalah Bubuk ‘Makan’ Perabot Kayu? Wanita Ini Kongsi Jalan Mudah Atasi

Sedang mengemas dan mengelap perabot-perabot, tiba-tiba terperasan habuk-habuk hulus dari bubuk pada permukaan sebuah perabot. Cerita ini daripada Husna Afifi sewaktu dia sedang mengemas kabinet rumahnya. Setelah dicari-cari, akhirnya dia berjaya menjumpai bahagian yang ‘dimakan’ oleh bubuk tersebut. Ini kerana kebiasaan bubuk jenis ini, mereka akan ‘memakan’ bahagian dalam kayu. Jadi, dari luar akan kelihatan seperti biasa sahaja. Oleh itu, dia telah berkongsi jalan mudah untuk mengatasi masalah ini dengan satu projek ‘indoor’.

Caranya adalah:

1. Ketuk ruangan tersebut sehingga terdapat sedikit lubang

2. Gunakan jigsaw dan potong dengan elok kepada petak. Potongkan sehingga habis semua kesan-kesan bubuk atau sarangnya di kawasan itu

3. Potong kayu dan kikis atau pahat sehingga muat-muat masuk, kemudian ketuk masuk menggunakan tukul

4. Tampal, pasang dan susun dengan elok vinyl floor. Untuk lebihan, potong sahaja menggunakan pisau

5. Siap! Tidak sampai 2 jam masa diambil. Memang mudah

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Besarkan lubang sehingga kelihatan kayu solid. Pastikan semua sarang sudah tidak ada.
Lukiskan pada kayu dan potong.
Sesudah potong, ‘adjust’ masuk ke dalam lubang. Kikis sehingga ia muat-muat masuk.
Ketuk sehingga masuk ke dalam dan rata dengan permukaan asal.
Susunkan papan-papan vinyl. Sebanyak 7 keping digunakan.
Pada mulanya, dia ingin ‘sanding’ supaya rata dengan elok, kemudian varnish. Tetapi memandangkan projek ini dilakukan dalam rumah, dia mengubah finishing kepada vinyl.
Buka stiker belakang dan tampal.
HASILNYA:
Kalau membiarkan sahaja ia berlubang begitu, nampak tidak cantik pula. Jadi, lebih baik kita membuat sesuatu untuk baikpulih kabinet ini.
Kredit: Husna Afifi
Scroll to Top