Ini Contoh Susun Atur Rumah Yang Baik Menurut Pakar Hartanah. Kongsikan!

Seorang pakar hartanah, perunding kewangan dan penulis buku, Azizul Azli Ahmad ada berkongsi mengenai antara contoh susun atur rumah yang baik sekiranya anda ingin membeli rumah. Melalui laman Facebooknya, susun atur ruang bagi sesebuah rumah yang baik mempunyai 3 pembahagian zon yang jelas iaitu public, semi-public dan privasi. Dalam contoh yang diberikan di bawah, ia merupakan apartment yang merupakan rumah mampu milik sahaja. Dengan ruang yang terhad, arkitek berjaya membina rumah mengikut pembahagian zon yang telah dinyatakan.

Antara ciri-ciri susun atur rumah yang baik:

  1. Ruang dapur sedikit tertutup dan menghalang pandangan orang lain
  2. Kedudukan ruang makan menjadi pengikat antara ruang dapur dan ruang tamu
  3. Zon bilik jelas dan terjaga privasinya ketika pintu bilik dibuka
  4. Kedudukan bilik air juga baik untuk penghuninya

VIEW IN GALLERY

Ruang dapur sedikit terlindung dan baik. Terdapat yard bersebelahan dengan dapur dan ia lebih tersembunyi.

Dia perhatikan banyak kediaman mewah yang mengikut susun atur begini. Ruang bilik lebih privasi dan baik.

VIEW IN GALLERY

Terdapat 3 zon kawasan yang jelas iaitu ‘public space’ (kotak kuning), ‘semi-public’ (kotak hijau) dan ‘private space’ (kotak merah). Dengan ini, penghuni akan lebih selesa.

VIEW IN GALLERY

Sebagai catatan tambahan:

Sebagai seorang Muslim, buat semakan kedudukan kiblat. Lebih manis jika arah solat tidak menghadap bilik air. Selain itu, elakkan membeli unit studio soho, sovo atau sofo sebagai kediaman pertama anda. Menurutnya, ia bukan pulangan yang baik bagi sebuah pelaburan.

Jadi, belilah kediaman yang baik seperti contoh di atas. Kongsikan agar kita dapat semak kediaman untuk dibeli satu hari nanti. Semoga bermanfaat.

Kredit: Azizul Azli Ahmad

Scroll to Top