‘Simple But Nice’, Hasil Deko Ruang Tamu & Ruang Makan Yang Lapang

Mohon share tanda suka

Tidak mengapa jika rumah tidak mempunyai konsep atau tema yang ditetapkan untuk mendekorasinya. Asalkan sedap mata memandang pada penghuninya, kemas, bersih dan selesa, itu sudah cukup untuk menggambarkan ianya adalah ‘rumahku syurgaku’. Seperti deko ruang tamu dan ruang makan rumah milik Quinny Quen yang kelihatan lapang dan simple tetapi ‘nice’. Ruang tamu dan ruang makan tersebut bertemakan sedap matanya sendiri apabila memandang. Menurutnya, rumahnya perlu nampak lapang kerana dia mempunyai seorang anak istimewa yang agak lasak. Oleh itu, dia perlu memastikan tiada apa-apa barangan atau aksesori yang boleh dicapai anaknya di atas meja.

Aksesori seperti grand mirror dan kalimah Bismillah, Allah dan Muhammad dibeli di KedaiDIY.com (laman web atau Facebook). Ianya mudah untuk dipasang sendiri sahaja. Mari lihat hasil deko ruang tamu dan ruang makan yang ‘simple but nice’ di bawah ini.

VIEW IN GALLERY

Asalnya sliding door, kemudian ditukar dari pintu cermin ke kayu jenis nyatoh (barn door). Ia dicustom-made di kedai pintu.

Grand mirror dibeli sewaktu promosi berharga dalam RM 800++. Dia memasangnya sendiri manakala suami membantu dalam mengecat.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

  • Langsir dari Kaison
  • Karpet dari kedai karpet Alamanda

VIEW IN GALLERY

Wingchair dari IG Shop @phatadamfactory.

Tetap nampak kemas dan bersih walaupun memilih dekorasi yang simple, kan?

Kredit: Quinny Quen

Tags: #deko ruang tamu & ruang makan #deko rumah simple #idea deko rumah

Deko Rumah Kampung Berkonsepkan Bohemian Melayu Klasik Terbuka Tona Earth
Mohon share tanda sukaApabila suka tinggal dalam kampung kerana suasananya, ia turut ingin
Dekorasi Rumah Berkonsepkan Campuran Minimalis Scandi, Industrial & Vintage
Mohon share tanda sukaApa-apa barang dalam rumah terutamanya dekorasi perlu bukan sekadar deko
Dekorasi Rumah 2 Tingkat Gabungan Inspirasi Mediterranean & Konsep Japandi
Mohon share tanda sukaSebuah rumah 2 tingkat di Pasir Gudang, Johor telah direnovasi
Dekorasi Rumah Ini Berkonsepkan Minimalis Kerana ‘Less Is More’ & Mudah Urus
Mohon share tanda suka‘Less is more’ dan mudah diurus. Itu sebabnya sebuah rumah

Comments are closed.