Pertama Kali, Lelaki Kongsi Projek Bina Sendiri Gazebo 6 x 5 Guna Kayu Terpakai

Angan-angan untuk mempunyai sebuah gazebo di rumah sudah lama, tetapi harga yang sudah siap agak mahal. Maka, seorang lelaki bernama Shahril Azhari dari Meru, Klang memberanikan diri membinanya sendiri untuk pertama kali. Gazebo yang bersaiz 6′ x 5′ ini menggunakan kayu terpakai (dari kedai kayu) berukuran 3 x 3 (tiang), 2 x 4, 1 x 2, prima plank, bolt dan nut bersaiz 6″, skru bersaiz 3″ dan barangan lain-lain. Dengan kos lebih kurang RM 1.3K, projek ini selesai dalam masa 4 hari yang dilakukan pada hari hujung minggu sahaja.

Lakaran Sebelum Pembinaan

VIEW IN GALLERY

Proses Pembinaan Gazebo

VIEW IN GALLERY

Buang 1 inci sahaja untuk meletakkan kayu frame lantai.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kayu jenis jelutong untuk tiang manakala pine dan spruce untuk frame. Mahukan tahan lama, gunakan jenis cengal, balau, resak, seraya atau jati.

VIEW IN GALLERY

Semua rafter dan trusses menggunakan skru 3 inci.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Bumbung dan lantai menggunakan prima plank cement board (tahan cuaca dan tahan lama) berukuran 9 inci x 12 kaki berharga RM 23 sekeping dari kedai hardware.

Hasil Bina Sendiri Gazebo Dari Kayu Terpakai

VIEW IN GALLERY

Sapukan 2 – 3 lapisan coating undercoat dan cat jenama Nippon Paint Timbershade.

Ketinggian tiang adalah 6.5 kaki dan 8 inci untuk tapak.

Bukan sahaja diri sendiri, anak-anak pasti akan berasa gembira kerana mempunyai tempat untuk mereka bermain.

Kredit: Shahril Azhari Jumari

Scroll to Top