Ramai yang terinspirasi dari gaya luar negara dalam membina dan menghias sesuatu ruang di dalam rumah. Ini termasuklah MySara Roselan yang telah mengambil inspirasi dari rumah di US untuk ruang dapurnya yang bersaiz 7 x 10. Melalui perkongsian di FB group ‘Kelab Dekorasi IKEA Malaysia’, dia menggunakan kabinet jenama Metod dari IKEA. Top dengan material quartz dan backsplash cermin hitam di-customize dari kontraktor luar, iaitu ‘The Grand Laci – Ikea Kitchen Cabinet Designer & Installer’ (Facebook).
Kerja-kerja pengukuran dan pembelian barang dilakukannya sendiri berdasarkan senarai yang diberikan oleh kontraktor. Kos keseluruhan termasuk upah adalah lebih kurang RM 18K. Jom lihat hasil ruang dapur inspirasi gaya ala-ala luar negara dengan penggunaan kabinet dari IKEA di bawah ini.
Hasil Dapur Menggunakan Kabinet IKEA Dengan Gaya Inspirasi Luar Negara
Katanya, ruang dapurnya yang kecil membuatkan dia tidak dapat untuk meletakkan kitchen island.
Bahagian ini sangat praktikal kerana ia tidak membazirkan ruang dan mudah untuk dicapai kerana boleh dipusingkan.
Aksesori-aksesori dalam kabinet juga dari IKEA.
Selamat ‘menjamu’ mata!
Kredit: MySara Roselan
Facebook
RSS