Ramai pasangan suami isteri yang masih duduk menyewa sedang menunggu untuk memiliki rumah sendiri. Salah seorangnya iaitu Tasnim Za dan suami sudah hampir 8 tahun menyewa, namun akhirnya diberi rezeki untuk memiliki rumah sendiri. Melalui FB group ‘KaMi SuKa DeKo DeKo’, dia berkongsi sedikit dekorasi rumah jenis semi-D 2 tingkat yang baru didiami mereka. Idea dekorasi adalah hasil perbincangan dan kesepakatannya bersama suami dengan penggunaan warna tema earth tone berkonsepkan minimalis.
Hasil Dekorasi Rumah Dengan Tema Warna Earth Tone Berkonsep Minimalis
Langsir dan cat berwarna beige.
- Meja kopi berharga RM 900++ (permukaan tempered glass dan kaki keluli solid) dan set meja makan berharga RM 2K+ dari kedai perabot
- Sofa dari Coach Bahar (Facebook)
- Pasu dari nurseri
- Meja bar, kerusi berlengan dan bidai tingkap dari Shopee
Bunga plastik dari SSF.
Semoga perkongsian wanita ini dapat memberi sedikit sebanyak idea dekorasi kepada anda yang mempunyai citarasa seperti mereka.
Kredit: Tasnim Za
Facebook
RSS