Urusan di rumah akan menjadi lebih tenang dan nyaman apabila setiap barang mempunyai ‘rumahnya’. Contohnya, satu cara penyimpanan menggunakan laci ‘stackable’ oleh seorang wanita ini sangat membantu. Ia diletakkan di satu tempat atau dibuat satu ‘bangunan One-Stop Centre’.
Cara Simpanan Barang Menggunakan Laci ‘Stackable’
Kelebihan:
– Mudah dicari
– Tidak berhabuk
– Lipas dan cicak tidak boleh masuk
– Jika terjumpa barang dalam bilik atau ruang tamu, ambil dan masukkan dalam sebuah bekas transit dan letakkan semula dalam laci masing-masing
– Mudah hendak memeriksa stok yang tidak ada. Tidaklah terbeli barang yang sudah mempunyai lebihan
– Mengurangkan pertanyaan ahli keluarga tentang tempat letaknya barang. Secara automatik, boleh melatih mereka mengambil sendiri dan meletakkannya semula selepas digunakan
– Mengetahui barang yang hilang atau digunakan
Senarai barang:
1. Kad waranti
2. Rekod perubatan
3. Bateri
4. Jam tangan
5. Stok alatan tulis
6. Gam/gunting/nota pelekat
7. Selotape pelbagai jenis
8. Cermin mata
9. Stok ubat-ubatan
10. Resit harian
11. Barang suami
12. Stok alatan mandian
13. Pin tudung
14. Elektronik
15. Ubat ekzema anak
16. Stok pelitup muka
17. Stokin/tali leher sekolah anak
18. Pakaian kecil suami/anak
19. Singlet anak
20. Kopiah
Bilik Tidur (dalam almari):
1. Pakaian kecil
2. Stokin
3. Inner scarf
Sebab Penggunaan Laci ‘Stackable’:
– Boleh dipindahkan mengikut ruang yang ada dan kedudukan laci boleh diubah
– Hendak berpindah rumah, boleh diangkat sahaja. Hanya perlu selotape laci supaya barang tidak terkeluar
– Letakkan sahaja barang dalam laci masing-masing. Apabila mempunyai masa, susun dan lipat semula
Semoga membantu semua surirumah!
Kredit: Khulailah Musa
Facebook
RSS