Siapa je yang tak bersemangat nak mendeko rumah, tambah-tambah lagi kalau rumah sendiri. Salah seorangnya ialah Kamilla Rozary yang mengakui bahawa dia lebih seronok untuk mendekorasi rumah sendiri. Deko dimulakan di bahagian dapur dahulu, yang sebelumnya berdinding, kini telah diubahsuai menjadi konsep terbuka. Katanya, asalnya dia ingin menggunakan tema all-white untuk dapur kecilnya ini, tetapi akhirnya design dan warna ini telah dipilih, idea darinya dan suami.
Boleh lihat hasil ‘makeover’ ruang dapur yang nampak lebih moden dalam gambar di bawah ini beserta ruang dapur sebelum diubahsuai.
SEBELUM
SELEPAS
Bajet keseluruhan dapur ini adalah hampir RM 9K termasuk lantai dan appliances. Ia sudah dipotong kosnya kerana di-DIY sendiri bersama suami. Kos untuk kabinet dapur sahaja pula adalah RM 6K dengan material quartz stone untuk table top dan melamine untuk pintu.
Selain itu, jumlah kos set dapur memasak dan hood jenama Livinox adalah RM 1.7K dan wallpaper untuk backsplash berharga RM 18.90 – RM 19.90 dari Shopee.
Para berukuran panjang 110 cm dan pokok berjuntai dari IKEA.
Ukuran panjang kabinet dapur adalah 10 kaki dan counter bar adalah 2 kaki. Lantai pula menggunakan vinyl berharga RM 64.90 dari Shopee.
Kalau dapat dapur seperti ini, nak memasak pun rasa happy je, kan.
Kredit: Kamilla Rozary