Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Asalnya Laman Rumah Kampung, Berubah Menjadi Kawasan Kolam Mandi
    Idea Dekorasi

    Asalnya Laman Rumah Kampung, Berubah Menjadi Kawasan Kolam Mandi

    Sponsored By: Adwaa Global Sdn BhdJanuary 21, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Seorang pengguna Facebook dengan nama Tuah Kencana telah berkongsi pengalamannya membina sebuah kolam mandi dengan kos RM 50K. Pembinaan kolam ini telah bermula sejak tamat PKP lalu iaitu pada pertengahan bulan Jun 2020. Pada asalnya, kawasan ini hanyalah laman kampung biasa dengan tumbuhan-tumbuhan di dalam pasu, tetapi telah berubah menjadi sebuah kawasan kolam mandi. Proses pembinaan bukan suatu perkara yang mudah kerana struktur tanah yang berair, ditambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu.

    Menariknya, kolam mandi dengan keluasan 15 kaki x 10 kaki ini digali secara manual sepenuhnya, tanpa menggunakan backhoe. Dengan mengambil inspirasi dari vila di sekitar Ubud, Bali, beberapa elemen Bali seperti pintu masuk, pergola dan ukiran batu di dinding telah digunakan. Cabaran berikutnya adalah untuk mengekalkan tahap kebersihan, PH dan klorin kolam.

    SEBELUM:

    VIEW IN GALLERY

    Kawasan tapak asal kolam.

    PROSES PEMBINAAN KOLAM:

    VIEW IN GALLERY

    Dinding dinaikkan terlebih dahulu untuk memudahkan pekerja membuat aktiviti menggali. Pekerja juga mempunyai ruang privacy untuk menggali kolam.

    VIEW IN GALLERY

    Dalam 2 hari sahaja kolam sudah siap digali, dengan kedalaman 4 kaki.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Bermula pemasangan jubin. Untuk kolam renang, pastikan gunakan jubin kecil kerana terdapat fungsi untuk meningkatkan ketahanan kolam dan menahan tekanan air.

    VIEW IN GALLERY

    Pembersihan kolam.

    VIEW IN GALLERY

    • Platform kayu berharga RM 8 sekeping dari Shopee
    • Kerusi dari kedai secondhand

    VIEW IN GALLERY

    SELEPAS:

    VIEW IN GALLERY

    • Batu corak bunga berharga RM 15 dan pelampung flamingo berharga RM 19 dari Shopee
    • Kerusi dari kedai barangan hotel secondhand

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Selepas hampir 6 bulan projek dimulakan, akhirnya dapat bersantai mendengar deruan air sambil menikmati suasana tenang dan nyaman di dalam kawasan kolam mandi private ini.

    Kredit: Tuah Kencana

    deko ala-ala bali idea bina kolam mandi transformasi laman rumah kampung
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Accent Wall Corak Herringbone Jadi Pilihan Deko Pasangan Ini
    Next Article Transformasi Ruang Dapur Aluminium Kombinasi Putih, Biru Dan Kelabu

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.