Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Bapa Kreatif Ubahsuai Dan Susun Atur Ruang Bermain Untuk Anak
    Idea Dekorasi

    Bapa Kreatif Ubahsuai Dan Susun Atur Ruang Bermain Untuk Anak

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 3, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Seronok apabila kita, sebagai ibu bapa dapat menyediakan ruang khas untuk anak-anak kita bermain. Zaki Zainal Abidin telah pun merealisasikan keinginan itu apabila dia mengubahsuai dan menyusun atur sebuah ruang bermain untuk anak lelakinya di rumah datuknya. Ruang yang berkeluasan 147 kaki persegi itu memuatkan beberapa perabot, karpet, frame gambar, set dapur dan aksesori lampu. Sesetengah perabot dan alatan permainan dibeli dari IKEA.

    VIEW IN GALLERY

    Gabungan bidai tingkap 2 jenis iaitu bidai Roman di bahagian atas dan bidai Vinyl di bahagian bawah. Kedua-duanya dari Homepro.

    VIEW IN GALLERY

    Lantai asal dilapik dengan Korean Vinyl Floor jenis gam dari Al-Aqsa Carpets yang berharga RM 3.60 setiap kaki persegi. Bahagian skirting ditambah satu lapisan getah lembut kerana skirting asal agak tebal jadi, Encik Zaki menggabungkan lapisan getah pada bahagian atas dan skirting plastik pada bahagian bawah. Ia sebagai ciri keselamatan sekiranya kanak-kanak terkena skirting jubin asal yang tajam.

    3 hiasan frame tersebut ditulis sendiri dengan pemilihan warna merah (Play), biru (Learn) dan kuning (Explore).

    VIEW IN GALLERY

    Rak di sebelah kanan berharga RM 330 dan di sebelah kiri berharga RM 372.

    VIEW IN GALLERY

    DIY barangan IKEA menggunakan meja jenama Latt, penggulung kertas jenama Mala, 2 bracket untuk support jenama Sandshult, spice rack jenama Bekvam dan bekas jenama Sunnersta seperti dalam video ini: https://youtu.be/RKxP415yISQ.

    VIEW IN GALLERY

    Beberapa span wallpaper design foam berupa papan diletakkan di atas rak supaya kelihatan seperti papan sebenar. Foam wallpaper dari kedai Valoobuy ini berharga RM 8 setiap satu dan mempunyai 6 keping.

    Set permainan berwarna merah dari Shopee manakala set yang berwarna hijau iaitu jenama Bosch dari Toys R Us.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Setiap kotak simpanan jenama Trofast diletakkan label stiker yang dibuat oleh Encik Zaki sendiri. Design, tulisan dan susunan dibuat menggunakan Photoshop dan dicetak sebagai stiker jenis lutsinar di kedai. Saiz semua stiker adalah berukuran 13 cm x 6 cm dan boleh memuatkan sebanyak 14 keping di atas kertas bersaiz A3.

    VIEW IN GALLERY

    Rak dinding jenama Flisat berharga RM 69.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Gelongsor kecil diletakkan di bahagian ruang permainan dengan beralaskan rumput plastik.

    Kredit: Zaki Zainal Abidin

    dekorasi ruang bermain idea ubahsuai ubahsuai ruang bermain
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleStor Luar Dapur Diubahsuai Jadi Stor Simpan Bahan Makanan Dan Masakan
    Next Article 3 Idea Projek DIY Hasil Mengitar Semula Baby Crib Atau Kayu Katil

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.