Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Deko Bilik Anak Lelaki Bujang Bertemakan Angkasa Lepas. Kemas Dan Comel!
    Bilik Tidur

    Deko Bilik Anak Lelaki Bujang Bertemakan Angkasa Lepas. Kemas Dan Comel!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDFebruary 14, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Kanak-kanak ni bukan sahaja mempunyai pelbagai ragam, tetapi juga selera dan kegemaran mereka terhadap sesuatu benda. Ibu bapa lah yang akan dipertanggungjawabkan untuk menuruti apa sahaja kemahuan anak-anak atas dasar kasih sayang dan ingin melihat mereka membesar dengan selesa dan sempurna. Sebagai seorang ibu, Nur Idris juga tidak terlepas dari menjalankan tanggungjawabnya. Hal ini terbukti dengan perkongsiannya melalui FB group ‘#kemasrumahwithhani’ yang menunjukkan dekorasi bilik tidur anak lelaki bujangnya yang bernama Mikael yang bertemakan angkasa lepas.

    Disebabkan anaknya yang berumur setahun 8 bulan itu amat menyukai angkasa lepas jadi, dia menggunakan tema tersebut untuk mendeko bilik tidurnya. Selesai mendeko dan mengemas, ini lah hasil bilik tidur anak lelakinya dengan tema angkasa lepas yang sangat kemas dan comel.

    VIEW IN GALLERY

    Langsir ditempah dari MK Curtain, masih dalam proses untuk ditukar ke warna lain.

    Katil yang kecil dari Mothercare manakala yang besar dari kedai perabot biasa.

    VIEW IN GALLERY

    Karpet jenis velvet yang mudah untuk dibersihkan.

    VIEW IN GALLERY

    Karpet bersaiz 200 cm (paling besar) berharga RM 95, stiker dinding dan papan gelongsor ditempah dari projectrumah.co (Facebook/Instagram).

    VIEW IN GALLERY

    Apabila anaknya sudah semakin membesar, dia akan menambah meja belajar.

    Deko sebelum posisi katil dan kabinet diubah.

    VIEW IN GALLERY

    Lantai menggunakan jenis wood flooring.

    Semoga memberi idea kepada anda untuk mendekorasi bilik tidur anak bujang anda yang semakin membesar dengan tema yang menarik ini.

    Kredit: Nur Idris

    deko bilik tidur anak lelaki deko tema angkasa lepas idea deko bilik
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHasil Pemasangan Lampu Chandelier, Cantik & Nampak Mewah Sangat!
    Next Article (17 Gambar) Idea Deko Ruang Kerja Atau Home Office Sebagai Inspirasi

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.