Dapur, Idea Dekorasi, Ubahsuai

Deko Dapur Kecil Rumah Kampung Dengan Warna Turquoise & Merah Jambu

Tidak kisahlah rumah sewa, sendiri, taman, flat atau kampung, ianya bukan alasan untuk tidak boleh berdeko. Cuma minat yang membuatkan seseorang untuk mendeko mengikut apa yang diinginkan. Tidak perlu barang yang mewah, barang murah juga terlihat cantik jika kena dengan gayanya. Seperti perkongsian ruang dapur kecil dalam sebuah rumah kampung di Taiping oleh Aniz Kamahezan ini yang baru dicat kepada warna hijau turquoise. Katanya, dia sudah lama menginginkan warna itu untuk dipadankan dengan warna merah jambu di dapurnya.

Hasil Dekorasi Dapur Kecil Bertemakan Hijau Turquoise Dan Merah Jambu

VIEW IN GALLERY

Langsir table top dari Aurora Homedeco (Facebook). Lekat menggunakan velcro, kemudian gam double cellotape.

Dekorasi-dekorasi termasuk baju kecil (asalnya kain lap), pokok bunga dan wallpaper lantai dari kedai Eco.

Asalnya, kabinet hendak dicat tetapi disebabkan berasa sayang dengan material asal kayu, hanya tampalkan wallpaper dari Mr. DIY.

VIEW IN GALLERY

Sebelum ini, lantai menggunakan tikar getah, kemudian dibuang akibat sarang anai-anai dibawahnya, lalu digantikan dengan wallpaper. Ia tahan lama, asalkan elak dari mengangkat barang-barang berat supaya tidak calar dan koyak.

VIEW IN GALLERY

Bekas-bekas di rak untuk mengisi bekalan makanan.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Semoga menginspirasikan anda semua untuk mendeko dapur kecil anda.

Kredit: Aniz Kamahezan