Bukan semua ruang yang moody tidak menarik. Sebuah dekorasi dapur 2000-an ini juga moody tetapi selesa, warm dan inviting.
Hasil Dekorasi Dapur Gaya Moody Yang Selesa, Warm & Inviting
42 kombinasi pintu kabinet shaker dan hadapan laci dibina menggunakan jig lubang poket, router Ryobi, gerudi, sander dan gergaji bulat. Kotak kabinet tambahan dibina untuk ‘membawa’nya sehingga siling, menambah lebih banyak storan dan memberi ilusi siling lebih tinggi. Kemudian dicat warna ‘berani’ dan gaya klasik hijau Fig Tree (dipadankan di Sherwin Williams) bersama Emerald Urethane Trim Enamel kemasan Satin.
Lampu:
– Chandelier single di kawasan tingkap bay
– Sconce dinding atas sinki
– Pendant pada island sebagai ‘lapisan’ pencahayaan tambahan dan untuk menumpukan kawasan tersebut
– Strip LED bawah kabinet dan rak terbuka
Lantai SPC Luxury Vinyl klik-kunci memberikan rupa papan moden lebih luas dengan tambahan ketahanan dan kalis air.
Gaya perkakas lebih tradisional dan menonjol dengan tombol Egg dan pull laci spindle kemasan gold antik, menaiktaraf kabinet klasik agar sesuai dengan ruang.
‘Urat’ putih dan gold semulajadi dalam slab counter batu semulajadi soapstone sepadan dengan fixture lampu dan perkakas kabinet.
Sinki single bowl quartz undermount hitam 33 inci tahan UV.
Jubin Riad bercorak dan bertekstur halus dengan grout unsanded putih antik. Edge unfinished ‘melembutkan’ ruang. Variasi “putih” dalam setiap kotak.
Dinding di-prime tinted hijau gelap, pelekat ditampal dan wallpaper Paste-the-Wall corak County Flowers ditambah. Hijaunya sepadan dengan kabinet.
Meja hitam membawa sedikit kemodenan namun kekal tradisional dengan kerusi kayu solid.
Boleh jadikan idea dekorasi jika terasa ingin mengubah mood dapur!
Kredit: Pinch. Plate. Party.