Sekiranya boleh dilakukan sendiri, akan diusahakan. Itu mengenai setiap projek DIY Nani’s Makeover untuk rumahnya di Bahau, Negeri Sembilan. Jarang membeli, kebiasaannya barang-barang akan dibaikpulih semula menjadi rupa baru. Kali ini, beberapa ubahsuai perabot kerusi dibuat sebagai tempat duduk, beriadah atau minum petang. Bukan sahaja menjimatkan, nampak berseri selepas ‘disolek’.
Hasil Ubahsuai Cara Jimat Kerusi Kepada Rupa Baru Yang Berfungsi
Dari kedai perabot terpakai. Berusia lebih 10 tahun, cat ditukar menggunakan jenama Dulux Water-Based (minyak) dan sarung menggunakan kain langsir dari Mr. DIY (dilekat dengan stapler gun).
Dikutip dari tempat pembuangan sampah.
PVC leather dijahit pada kusyen dari tilam baby lama. Bahagian atas menggunakan stapler gun.
Kayu dari longkang tepi rumah dibersihkan, disimpan selama berbulan supaya kering dengan sempurna dan digabungkan dengan rim tayar motor (dikutip). Lubang di kayu ditebuk, papan pallet terpakai tepi dan hadapan dipasang dan finishing disapu.
Hampir menjadi bahan buangan, tempat duduk kerusi malas yang sudah rosak ‘dibetulkan’ dan diletakkan karpet terpakai (dilipat 2).
Hampir dibakar, permukaan tidak rata dibersihkan dan digosok, kemudian dicat Dulux Water-Based menggunakan roller span. Tempat duduk ditutup dengan plywood tebal. Kusyen dari lebihan sarung bantal anak di-stapler pada span.
Berharga RM 50 sepasang dari kedai perabot terpakai. Tempat duduk ditutup (stapler) dengan PVC berharga RM 10 dan dicat Dulux Water-Based.
Dari kepala katil.
Tempat sandar menggunakan pelapik pinggan dari kedai Eco dan kotak, kemudian di-glue gun dan dicat minyak Dulux Glow.
Perasaan bangga pasti hadir apabila dapat menjadikannya berfungsi, bermanfaat dan berjasa semula.
Kredit: Nani’s Makeover
Gallery of DIY Ubahsuai Kerusi Jadi Berfungsi Semula Dengan Rupa Baru. Jimat & Lebih Berseri!
Tags: #cara jimat ubahsuai kerusi #diy ubahsuai kerusi #idea ubahsuai kerusi