Untuk mengubah ‘mood’ bilik tidur bukan sahaja melalui pengubahsuaian gaya dekorasi atau susun atur, tetapi dengan cara paling mudah juga berkesan. Dengan mengecat semula dinding bilik, suasana boleh terus berubah. Contoh seperti bilik tidur utama ini yang dahulunya berwarna ungu, tetapi setelah dicat semula kepada warna baru yang lebih ‘cosy’, ‘mood’ bilik pun bertukar.
Menurut Mahida Mohamad, ia dilakukan kerana berasa sudah bosan dengan warna sebelum ini. Tambahan pula, selepas dicat, bilik tidurnya terasa lebih luas. Jadi benarlah bahawa pemilihan warna cat sangat penting untuk membentuk suasana yang baru. Hasil bilik tidur dengan ‘mood’ baru boleh dilihat dalam perkongsian di bawah ini.
Deko Bilik Tidur Dengan Suasana Selesa Dan ‘Warm’
Lampu meja jenama Arstid berharga RM 79 dan katil (bersaiz king) jenama Leirvik dengan pelapik Lonset berharga RM 959 dari IKEA.
Tilam menggunakan yang sedia ada.
Cat menggunakan jenama Jotun Majestic Washed Linen.
Dan tambahan,
Deko Ruang Dapur Yang Kekal Bersih Dan Berkilat
- Jaring sinki dari Cosway
- Bakul sampah gantung dan rak rempah dari IKEA
- Blind tingkap berukuran 4 kaki x 6 kaki berharga RM 50 dari seller Facebook
Selesai mengemas ruang dapur, kemudian boleh terus berehat dalam bilik tidur yang selesa, memang best rasanya.
Kredit: Mahida Mohamad