Apabila menjalankan bisnes pertukangan ni, semestinya mereka sudah terbiasa menghasilkan barang-barang rumah untuk klien. Tetapi sekali-sekala buat untuk rumah sendiri, pasti lebih cantik, bukan? Seperti pasangan suami isteri ini, Farah dan Khai yang berkongsi ruang dapur yang merupakan 100% hasil air tangan mereka berdua, termasuk bumbung mozek. Memandangkan mereka sememangnya menjalankan bisnes bahagian ini, alang-alang buat untuk rumah sendiri pula. Walaupun dengan bajet yang rendah, mereka tetap berhasil menyediakan ruang dapur idaman hati. Menurut Farah, selama 2 minggu masa diambil untuk menyiapkan ruangan ini.
Ruang Dapur Idaman Hasil Kerja Tangan Sepenuhnya Sendiri
Kabinet berjaring hitam di-welding terus.
Tambahnya, meja makan bakal menyusul di ruang ini.
DIY Dekorasi Accent Wall Di Ruang Tamu
Selain itu, dinding di bawah ini juga merupakan hasil deko pasangan suami isteri ini.
Hanya menggunakan kayu biasa dari kedai hardware.
Sofa hitam dari SSF.
Apabila suami seorang tukang, dapat hasil seperti ini, dirinya sudah rasa bersyukur. Asalkan kemas, cantik dan tersusun.
Kredit: Farah Adnan