Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Hasil Deko Bilik Tidur Bajet Tak Lebih RM 2K, Cetusan Idea Dari Pinterest
    Bilik Tidur

    Hasil Deko Bilik Tidur Bajet Tak Lebih RM 2K, Cetusan Idea Dari Pinterest

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 20, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    bilik tidur selepas 5
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Idea hiasan bilik tidur kali ini adalah dari Pinterest dengan bajet tak lebih dari RM 2K menggunakan barangan dari Shopee kecuali cat, tilam dan rak dinding. Eida Ilham memulakan projek ‘Green Bedroom’ ini dengan mencuci mata di Shopee, walaupun tidak mendapat barangan yang sama, asalkan ianya ada. Katil menggunakan saiz king berharga RM 498 dengan penghantaran percuma. Ia kukuh dan tiada bunyian atau jongketan kedengaran. Tilam pula menggunakan tilam lama yang masih elok jadi ianya jimat.

    Rak dinding diperoleh oleh suaminya dari bengkelnya, namun terdapat juga di Shopee. Untuk cat dinding, dia menggunakan khidmat pasukan Ikki Khan (Facebook). Cat dan upah berharga lebih kurang RM 600++ dan cat yang digunakan adalah jenis satin glow. Walaupun rumahnya mempunyai banyak bilik dan ruang, bilik tidur ini menjadi pilihan mereka sekeluarga dalam meluangkan masa bersama.

    VIEW IN GALLERYcontoh bilik tidur

    Gambar di Pinterest yang mencetuskan idea.

    SEBELUM

    VIEW IN GALLERYbilik tidur sebelum 5

    Biliknya memang tidak mempunyai banyak perabot. Hanya katil, wardrobe dan vanity mirror.

    VIEW IN GALLERYbilik tidur sebelum 1 2

    VIEW IN GALLERYproses deko bilik

    SELEPAS

    VIEW IN GALLERYbilik tidur selepas 5

    • Blackout curtain berharga RM 66.39 dan sheer curtain berharga RM 39.89. Berkain tebal dan jahitan yang kemas
    • Bangku berharga RM 82

    VIEW IN GALLERYbilik tidur selepas 1 3

    • Dia menyukai cadar putih kerana mahukan ‘hotel vibe’, berharga RM 65
    • Pokok artificial berharga RM 17.09
    • Karpet berharga RM 16.11 – RM 88.11

    VIEW IN GALLERYbilik tidur selepas 3 3

    • Lampu meja sisi berharga RM 26.73 dan boleh ‘adjust’ kecerahannya
    • Meja sisi berharga RM 59.80

    VIEW IN GALLERYbilik tidur selepas 2 3

    Lampu dinding berharga RM 17.80 – RM 22.90. Ia tidak memakai bateri dan perlu disambungkan dengan point api elektrik.

    Walaupun hasilnya tidaklah sama 100% seperti di dalam Pinterest, tetapi asalkan ianya memberikan kepuasan hati kepada penghuninya, sudah mencukupi.

    Kredit: Eida Ilham

    idea deko bilik tidur idea deko pinterest ubahsuai bilik tidur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDeko Rumah Teres Bertemakan Neutral Colors Kayu, Putih & Dedaun Hijau
    Next Article DIY Accent Wall Corak Herringbone Jadi Pilihan Deko Pasangan Ini

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.