Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Hasil Jalankan Bisnes Selama 4 Tahun, Usahawan Berjaya Memiliki Deko Rumah Idaman
    Idea Dekorasi

    Hasil Jalankan Bisnes Selama 4 Tahun, Usahawan Berjaya Memiliki Deko Rumah Idaman

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 28, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    ruang tamu 2 3
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Ada yang memerlukan inspirasi dan idea untuk menghias rumah? Kami kongsikan kepada anda perjalanan seorang usahawan ini yang berjaya merealisasikan impian untuk memiliki rumah sendiri setelah bertahun-tahun. Selepas berpindah rumah, Nur Intan bertindak mengupah interior designer iaitu NZ Design yang dimiliki oleh Nur Nazihah Abd Razak untuk mendekorasi rumahnya yang merupakan semi-D dengan 4 buah bilik.
    Puan Intan memasang tinted pada cermin rumahnya dengan menempah melalui FB page ‘ABH TINT Studio Merlimau’ yang berharga RM 1250 untuk satu rumah. Kemudian, grill dibuat menggunakan mild steel yang menelan belanja RM 3K untuk satu rumah. Setelah itu, segala kerja pemasangan lampu dan kipas dilakukan oleh kontraktor wiring kecuali aircond yang telah siap dipasang awal.
    Kerja mendekorasi pun dilakukan oleh team NZ Design dan selesai pada jam tepat 9.30 malam. Kos untuk 1 hall, dan 3 bilik, termasuk cat, langsir, perabot, custom-made perabot, deko dan lain-lain adalah RM 50K. Semua perabot dibeli oleh interior designer sendiri di IKEA dan SSF, dan untuk perabot custom made pula ditempah dari kilang.
    Jumlah keseluruhan pengubahsuaian rumah:
    Hall + 3 buah bilik tidur = RM 50K
    Ruang makan = RM 3.5K
    Kabinet dapur = RM 18.5K
    Mini office = RM 8.5K
    Grill = RM 3K
    Lampu + kipas = RM 3K
    6 buah aircond = RM 11K
    Tinted = RM 1250
    Barang elektrik = RM 10K
    Anggaran jumlah = RM 120K
    Hasil menjalankan bisnes sejak 2016 telah membantu Puan Intan dan keluarganya mencapai apa yang telah diimpikan setelah sekian lama. Dia juga berharap agar perkongsiannya dapat memberi inspirasi kepada mereka di luar sana.

    VIEW IN GALLERYruang tamu 9

    VIEW IN GALLERYruang tamu 1 2

    TV dibeli dengan harga RM 5K.

    VIEW IN GALLERYruang tamu 2 3

    VIEW IN GALLERYbilik tidur 6

    VIEW IN GALLERYbilik tidur anak perempuan

    VIEW IN GALLERYbilik tidur anak lelaki

    VIEW IN GALLERYruang makan 6

    Meja makan dibeli di Muar dengan belanja RM 3K manakala dinding ruang makan dicat sendiri dengan kos RM 500.

    VIEW IN GALLERYdapur

    Sebelum memulakan deko, Puan Intan menempah kabinet dapur dan counter bar melalui page FB ‘Cabinette Kitchens & Cabinetry’ yang menelan kos sebanyak RM 18.5K. Barangan seperti peti ais, microwave, oven, hob dan hood dibeli berasingan manakala penapis air Coway dibeli melalui seller FB ‘Syamimi Hanani’.

    VIEW IN GALLERYmini office

    Bilik terakhir ini dibuat mini office yang menelan kos RM 8.5K.

    Kredit: Nur Intan

    idea deko minimalis inspirasi deko rumah soft color deco theme
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMasalah Dinding Tak Rata Nak Tampal Cermin? Ikut Tips Ini
    Next Article Ubahsuai Bilik Tidur Kosong Kepada Suasana Ala-Ala Hotel

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.