• HOME
  • Idea Dekorasi
  • Dapur
  • DIY
    • Idea Kreatif
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Seni bina
    • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
  • Ruang Makan
Hias.my
  • HOME
  • Idea Dekorasi
  • Dapur
  • DIY
    • Idea Kreatif
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Seni bina
    • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
  • Ruang Makan
  • Facebook

  • RSS

Idea Dekorasi

Hasil Penantian 16 Tahun, Impian Wanita Ini Miliki Kolam Mandi Menjadi Kenyataan

Hasil Penantian 16 Tahun, Impian Wanita Ini Miliki Kolam Mandi Menjadi Kenyataan
Nurul Husna MD
November 29, 2020
Mohon share tanda suka

Sewaktu di awal pembelian rumah, Nor Noriah memang sengaja memilih rumah di lot tepi kerana mengimpikan sebuah kolam sebagai tempat bersantai bersama anak cucu dan keluarga suatu hari nanti. Akhirnya setelah 16 tahun menanti, impiannya untuk memiliki sebuah kolam mandi tepi rumah seperti homestay menjadi kenyataan. Walaupun hanya berkeluasan 11′ x 7′, ia mencukupi untuknya menjadi tempat ‘lepak’ dan menikmati hidangan dari ruang dapur menghadap kolam sambil mendengar deruan air terjun yang menenangkan jiwa.

Tidak ada maintanance lain kerana anda boleh mengepam air keluar masuk dengan sendiri. Ia juga mudah dijaga kerana tidak seperti kolam ikan, air kolam mandi tidak mudah kotor. Hanya pastikan badan dibersihkan sebelum masuk ke dalamnya.

VIEW IN GALLERY

Ukuran kedalaman all-in lantai adalah 5 ft sebelum dibuat water proofing dan memasang jubin.

VIEW IN GALLERY

Terdapat 2 ukuran kedalaman iaitu pertama, 3 ft, dan kedua, 4.5 ft.

VIEW IN GALLERY

Sebelum pemasangan batu kacang.

VIEW IN GALLERY

Proses pemasangan batu kacang.

VIEW IN GALLERY

Menurut Puan Noriah, kolam ini merupakan projek saat akhir selepas ruang dapur dan bahagian tepi rumah siap direnovasi. Renovasi rumah berjalan dan terhenti selama 2 bulan disebabkan PKP dahulu. Apabila PKPB 1 bermula, kerja-kerja renovasi kembali bersambung dan telah siap sepenuhnya pada bulan Julai.

Namun, urusan mengemas dan mendeko rumah belum siap sepenuhnya dan masih dalam proses sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.

VIEW IN GALLERY

Kos keseluruhan pembinaan kolam ini termasuk bumbung kayu, finishing di sekeliling kolam dan pam all-in adalah lebih kurang RM 10K. Barang-barang dibeli oleh tuan rumah sendiri kemudian mengupah tukang. Ukuran keluasan kawasan di keliling kolam adalah 14′ x 11′ manakala kolam sahaja adalah 10′ x 7′.

Pam jenama Caprino 0.5 HP dari Shopee. Mencukupi untuk keluasan kolam ini kerana lebih murah dan berbaloi berbanding beli di kedai biasa.

Kredit: Nor Noriah

Related Itemsidea ubahsuai lamanprojek bina kolam mandiubahsuai kolam mandi
Idea Dekorasi
November 29, 2020
Nurul Husna MD
Related Itemsidea ubahsuai lamanprojek bina kolam mandiubahsuai kolam mandi

More in Idea Dekorasi

  • Read More
    Rumah Teres 30 Tahun Ditransformasi Kepada Konsep Serba Putih Yang Minimalis

    Mohon share tanda suka Siapa sangka rumah teres berusia 30 tahun ini boleh berubah menjadi cantik begini...

    Nurul Husna MD February 28, 2021
  • Read More
    Dekorasi Gaya Minimalis Ruang Dalaman Kondominium Berkeluasan 780 Sqft

    Mohon share tanda suka Kita tahu bahawa mempunyai tempat tinggal yang berkeluasan kecil tidak menghalang kita untuk...

    Nurul Husna MD February 28, 2021
  • Read More
    Kabinet TV Built-In Diberi Rupa Baru, Wanita Ini Kongsi Hasilnya Yang Wow!

    Mohon share tanda suka Menerusi perkongsian deko kuarters guru berkonsepkan farmhouse sebelum ini, pasti ramai yang tertarik dengan...

    Nurul Husna MD February 28, 2021
  • Read More
    Deko Kuarters Guru Berkonsepkan Farmhouse. Hasil Cantik & Mengagumkan!

    Mohon share tanda suka Apabila rumah kuarters yang sudah berusia hampir 30 tahun didekorasi, hasilnya boleh mengejutkan...

    Nurul Husna MD February 26, 2021
Scroll for more
Tap

Like Hias.MY di FB

Facebook Pagelike Widget




Hias.my

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Subscribe to our Newsletter

Copyright © 2020 Hias.my

100% Hasil Tangan Tuan Rumah, Rumah Papan Mini 2 Tingkat Ini Terlihat Unik
Deko Ruang Tamu Simple Untuk Yang Tak Suka Rumah Sarat Dengan Hiasan