• Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
HIAS.MY
  • Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
  • Facebook

  • RSS

Dapur

Ibarat Terapi, Wanita Ini Kongsi Susun Atur Barang-Barang Dapur Dalam Peti Aisnya

Ibarat Terapi, Wanita Ini Kongsi Susun Atur Barang-Barang Dapur Dalam Peti Aisnya
Nurul Husna MD
December 6, 2020
Mohon share tanda suka

“Walaupun kecil tetapi besar jasanya si biru ini”. Kata-kata ini datang daripada Noor Hafiza Mohamad tentang peti ais miliknya yang menjadi tempat menyimpan segala barang-barang dapur dan makanan walaupun rupanya yang kelihatan kecil. Ceritanya, agak lama suaminya dapat membeli sebuah peti ais dari mula-mula mereka berhijrah dari Kelantan ke Selangor. Kini, ‘si biru’ ini sudah berusia lebih 7 tahun. Oleh kerana ruangnya yang kecil, tak dapat lah nak menyimpan bermacam-macam bahan basah seperti ulam-ulaman, sayur-sayuran dan hasil-hasil laut yang lain yang dibawa balik dari kampung.

Oleh itu, Hafiza hanya menyimpan barang-barang dapur yang penting sahaja di dalamnya, dan sekali-sekala dia mencuci, mengelap dan membuang makanan yang sudah rosak. Paling seronok baginya adalah kerja menyusun atur yang diibaratkan seperti sebuah terapi. Selain itu, label yang dilekatkan pada semua bekas nampak comel walaupun dia sudah tahu isi kandungan dalamnya. Namun, itu membuatkan Hafiza berasa puas hati kerana ruang peti ais menjadi lebih kemas.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Botol pemegang putih dari Dunia Deko (Facebook) dan bekas buah-buahan dari IKEA.

Tips untuk sayur-sayuran tahan lama adalah dengan menukar air untuk rendaman seperti serai dan lain-lain sebanyak 2 – 3 hari sekali, atau selepas mengambil mereka dari dalam bekas, bilas dahulu sebelum menyimpan semula.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Bekas dari Mr. DIY.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Dia membuat senarai pembelian dengan teliti untuk melihat bahan yang perlu dijadikan stok, dan mengutamakan sayur asas, buah dan barang basah. Sayur daun dan lain-lain akan dibeli apabila perlu memasak untuk ramai orang. Ini kerana dia sudah terbiasa untuk tidak menyimpan lebihan lauk. Minggu gaji pula dipenuhi dengan makanan ringan seperti aiskrim, naget dan air yogurt. Tetapi jika sudah habis, ia tidak di’restock’.

Kredit: Noor Hafiza Mohamad
Related Itemsidea simpan bahan dapuridea susun atur barangtips peti ais kemas
Dapur
December 6, 2020
Nurul Husna MD
Related Itemsidea simpan bahan dapuridea susun atur barangtips peti ais kemas

More in Dapur

Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu

Nurul Husna MDJune 22, 2022
Read More

Jadikan Suite, Ini Transformasi Tempat Simpanan Mainan Kepada Dapur Kecil

Nurul Husna MDJune 14, 2022
Read More

Lebih ‘Ringan’, Cerah & Selesa, Ini Hasil Ubahsuai Dapur & Ruang Makan

Nurul Husna MDJune 8, 2022
Read More

Harga Mahal Nak Beli Baru, Wanita Ini Ubahsuai Sahaja Peti Ais Sedia Ada

Nurul Husna MDMay 31, 2022
Read More
Scroll for more
Tap
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Ubahsuai Dekorasi Bilik Tidur Tema Putih Yang Simple Dengan Sentuhan Kuning
    Bilik TidurMay 29, 2022
  • Pertama Kali Buat, Lelaki Ini DIY Wainscoting & Shiplap Untuk Rumah Pertama
    DIYMay 31, 2022
  • Dari Bilik Tidur Bujang Merah Jambu, Wanita Ini Kini Kongsi Bilik Bersama Anak
    Bilik TidurJune 1, 2022
  • Masing-Masing Ada Citarasa Berbeza, Wanita Ini Pilih Gaya Inggeris Untuk Rumah
    Idea DekorasiMay 29, 2022
  • Tips Pemilihan ‘Batu-Bata Dekoratif’ Facing Atau Stone Veneer Jika Cara DIY
    DIYJune 24, 2022
  • Asalnya Bilik Stor, Wanita Ini Ubah Jadikan Bilik Baking. Lebih Tersusun & Kemas
    Idea DekorasiJune 23, 2022
  • Transformasi Bilik Tidur Utama Bertemakan Gabungan Warna Hijau & Dusty Blush
    Bilik TidurJune 23, 2022
  • Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu
    Bilik TidurJune 22, 2022
  • izzat luqman says:

    Total price how much?

  • zubirhamidon says:

    mohon sediakan pelan untuk ruang dapur saya.ruang 10 x 20.

  • Fazuin bin joseph says:

    Macam mana saya boleh dapat rumah ini

  • mohd shahril hazlim hamidon says:

    kalau mcm ni berapa kosnya tuan?




HIAS.MY

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Copyright © 2020 Hias.my

Projek Membina Ruang Dapur Atas Tanah Peninggalan, Hasilnya Memberi Inspirasi!
Ubahsuai Ruang Dapur Dan Bilik Ampaian Kepada Bilik Tidur Anak Rumah Kuarters
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp