Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Idea Deko Dapur Kecil Berkonsepkan Minimalis Dengan Tema Putih
    Dapur

    Idea Deko Dapur Kecil Berkonsepkan Minimalis Dengan Tema Putih

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 13, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Pastinya anda tahu bahawa sebelum membuat kabinet dapur, anda perlu tahu bajet, jenis kabinet dan kriteria-kriteria dapur yang dimahukan, bukan. Seperti idea dapur kecil berkonsepkan minimalis dengan tema putih milik Hayati Musa ini, pembinaan dapurnya menelan bajet yang lebih kerana terdapat beberapa kriteria yang dia ingin dan sudah tetapkan seperti, material yang tahan lama, ingin meletakkan meja island, sinki yang kukuh dan lain-lain.

    Dia memilih tema yang disukainya iaitu putih kerana baginya, putih adalah warna yang tidak pernah membosankan. Selain itu, untuk menampakkan dapur yang kemas, simple dan minima, seragamkan barang-barang di dapur. Contoh untuk dapur Hayati, dia menggunakan pinggan mangkuk yang kesemuanya berwarna putih yang kosong.

    VIEW IN GALLERY

    Kos pembinaan dapur rumah ini adalah dalam RM 9K yang termasuk:

    VIEW IN GALLERY

    – Kabinet bawah:

    • Bentuk U, material top quartz stone dan body block board – RM 6400
    • Dari Lazada – sinki teknologi nano berharga RM 399 dan build-in glass hob dapur gas jenama Elba berharga RM 299

    VIEW IN GALLERY

    – Kabinet atas:

    • Dari IKEA – 5 buah rak rempah kayu berharga RM 14.90 sebuah, 3 buah rak jenama Algot berharga RM 60 sebuah dan 3 keping bracket jenama Algot berharga RM 19 sekeping
    • Hood jenama Cornell dari Lazada – RM 579
    • Upah pemasangan hood – RM 160

    VIEW IN GALLERY

    – Barangan dapur:

    • 25 buah botol rempah dari kedai Eco
    • Dari IKEA – 2 buah kerusi island table berharga RM 250 sebuah dan penyangkut cawan berharga RM 24
    • Tong sampah dari Lazada – RM 24
    • Bunga kering dari Cameron – RM 50
    • Alas kerusi dari Kaison – RM 25
    • Rail tingkap dari Mr. DIY – RM 60

    VIEW IN GALLERY

    Baginya, jika membuat kabinet yang besar dan banyak, makin bertambah barang dapur yang bukan keperluan akan kita beli. Tetapi, jika dapur kecil seperti Hayati, perkara itu tidak berlaku sekaligus menjimatkan belanja.

    Kredit: Hayati Musa

    deko dapur minimalis deko tema putih idea deko dapur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleProjek DIY Pendiangan (Fireplace) Faux Ala-Ala Rumah ‘Mat Salleh’
    Next Article Tambah Ruang Dapur Selepas 10 Tahun, Ini Hasil Dapur Dengan Tema Hijau

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.