Kawasan belakang rumah pun perlulah cantik sama seperti ruang hadapannya. Sekiranya anda belum mempunyai idea bagaimana untuk menggunakan kawasan tersebut, seorang kontraktor dan designer, Fathin Md Nor ada berkongsi pembinaan ruang laundry yang dilakukannya terhadap rumah seorang klien. Perkongsian idea melalui FB group ‘Kelab Kaki Deko’ menunjukkan ruang berkeluasan 5 x 10 kaki ini terbina dengan kombinasi batu-bata merah (berharga RM 2.80 dari kedai hardware), batu angin dan simen asli.
Proses Pembinaan Ruang Laundry
Dari Facebook:
– Idea pembinaan dan design dari Pretty Rumah dan AlRayyan Builder
– Batu angin (ventilation brick) berharga RM 9.50 dari Viettiles Malaysia
– Jubin backsplash berharga RM 1.35 dari CarreLage Mosaics
– Jubin lantai berharga RM 4 lebih dari Jubin Cantik
– Jubin hitam matte dari Feruni Ceramiche
Selepas disimen dengan kemas, terus lap dengan elok. Biarkan asli tanpa sebarang cat kerana lebih mudah untuk dijaga.
Pintu besi dengan powder coat hitam adalah custom design original dari Pretty Rumah, dan ditempah dengan tukang besi dengan kos RM 1300.
Awning grill menggunakan sebahagian material polikarbonat dan ACP.
Perancangan selepas ini adalah memecahkan pintu dan memasang pintu glass folding beserta jubin.
Kredit: Fathin Md Nor