Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Jangan Tertipu Ketika Membuat Rumah, Ini Perbezaan Arkitek Dan Kontraktor
    Idea Dekorasi

    Jangan Tertipu Ketika Membuat Rumah, Ini Perbezaan Arkitek Dan Kontraktor

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDSeptember 17, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Ramai yang bercerita mengenai kisah mereka membuat ubahsuai dan pembelian barangan rumah, serta bertanya mengenai prosedur sebelum sesuatu bangunan dibuat. Ini kerana ramai yang tertipu oleh kontraktor yang selama ini dianggap sebagai orang yang mampu merealisasikan impian mereka. Wang habis diambil, bangunan pula ditinggalkan tidak bersiap. Jadi, seorang kontraktor merangkap ID, Kunije Tnije tampil memberitahu tentang perbezaan antara arkitek dengan kontraktor.

    Perbezaan Arkitek Dan Kontraktor Untuk Elak Penipuan Dalam Membina Rumah

    VIEW IN GALLERY

    2 figura ini berbeza dari segi profesion dan tugas. Arkitek merekabentuk dan menterjemahkan sesuatu bangunan ke dalam bentuk realiti. Manakala kontraktor membina rumah berdasarkan pelan dari arkitek. Namun di Malaysia, perkara yang sebaliknya berlaku.

    Ramai orang menganggap, untuk membina, membuat design atau menginginkan proses kelulusan, perlu mencari kontraktor disebabkan kenyataan dari mereka bahawa semua perkara boleh dilakukan.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Akhirnya, apa yang dibina oleh kontraktor tersebut hanyalah terjemahan dari pihak klien tentang bagaimana rumah itu ingin dibentuk. Hasilnya akan membawa masalah kepada tuan rumah, seperti jenis cat untuk kediaman, barang-barang yang diperlukan, saiz jubin yang bersesuaian dan apabila tiba waktu untuk membeli perabot dan langsir. Itu belum termasuk susun atur perabot.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Disebabkan itu, sepatutnya arkitek perlu dilantik terlebih dahulu kerana dari awal, mereka akan membuat sesuatu rumah mengikut budaya hidup penghuninya. Mereka akan mengkaji aktiviti bagaimana yang akan terjadi kelak sekiranya rumah itu siap, dan sudah mengambilkira kedudukan cahaya ke dalam rumah, di samping memperkenalkan bahan-bahan terkini kepada tuan rumah.

    VIEW IN GALLERY

    Perkongsian ringkas ini amat penting untuk membuka minda kita supaya tidak menjadi mangsa penipuan, dan bagaimana cara hendak mengelaknya.

    Kredit: Kunije Tnije

    info pembinaan rumah panduan elak penipuan perbezaan arkitek & kontraktor
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHasil Pembinaan Ruang Dapur Apartment Dengan Gabungan Barangan IKEA
    Next Article Hasil Kerja Pertukangan Kabinet Untuk Table Top Dapur, Kos Hampir RM 2K

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.