Tiada almari linen built-in dalam rumah? Boleh menggunakan semula sekeping perabot untuk ‘membina’ kabinet linen, menyembunyikan bantal, throw, selimut, tuala dan banyak lagi. Sebuah kabinet patina kayu usang ini salah satu barang antik paling berharga dalam rumah. Pusaka keluarga ini sangat berfungsi kerana telah digunakan dalam banyak ruang berbeza dan untuk banyak item berbeza seperti almari pakaian. Kini menyimpan selimut, bantal dan banyak lagi, juga beberapa permainan papan kegemaran keluarga dan elemen dekor luar musim, menggunakan setiap inci terakhir.
Terletak dalam bilik keluarga, ia tempat sempurna menyimpan benda tidak diguna setiap hari dan blend sempurna dengan gaya minimalis warm dan selesa. Ia sesuai dengan dekor dan mempunyai tujuan. Paling penting, menambah fungsi pada rumah.
Hasil Guna Semula Kabinet Kayu Antik Menjadi Kabinet Linen
Terletak sempurna antara 2 tingkap, ia salah satu perkara pertama dilihat apabila memasuki rumah, menjadi statement dan memberikan ruang sedikit warmth.
Daripada menyimpan dalam tong di ruang bawah tanah, lebih suka memastikannya boleh diakses. Kabinet ini memenuhi tujuan itu tanpa sebarang perubahan. Banyak ruang menyimpan lebihan bantal dan sekiranya diperlukan, beberapa kot tetamu. Sarung bantal disusun mengikut musim dan saiz agar apabila dalam mood untuk mengemas kini, hanya mengambil masa seketika.
Kabinet storan ini boleh memuatkan lebih banyak daripada linen seperti peralatan mandian, lilin, sarung bantal, lebihan bedding dan banyak lagi, cara sempurna tanpa almari. Digunakan terutamanya di bilik air, ia boleh digunakan di mana sahaja storan diperlukan.
Lindungi item daripada habuk dan kerosakan dengan menyimpannya ke dalam perabot cantik dan berguna.
Kredit: Julie Blanner
Facebook
RSS