Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Lelaki Ini Kongsi Beberapa Tips Asas Mengecat Untuk Hasil Yang Cantik
    Idea Dekorasi

    Lelaki Ini Kongsi Beberapa Tips Asas Mengecat Untuk Hasil Yang Cantik

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDMay 2, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Seorang lelaki di Facebook telah berkongsi beberapa tips asas mengecat rumah. Ini kerana dia memerhatikan ramai orang mengecat tetapi hasilnya tidak seperti yang diidamkan. Maka, tips ini boleh dijadikan panduan untuk anda gunakan.

    1) Pilih warna

    VIEW IN GALLERY

    2) Tahu nak mengecat dalam atau luar rumah, kerana cat mempunyai 2 jenis (exterior dan interior)

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    3) Terdapat pelbagai gred dan pilihan

    4) Terdapat pelbagai jenama seperti Nippon, Jotun dan Dulux. Kebanyakannya water-based, lebih mesra alam sekitar, selamat dan senang tanggal

    5) Sealer/Primer

    Sapu apabila pertama kali mengecat (dinding kosong) atau ingin mengecat semula dinding. Buang cat lama dahulu.

    Ia melindungi cat warna daripada kelembapan dinding dan membuatkan cat warna melekat lebih kuat dan lebih naik tonanya.

    VIEW IN GALLERY

    6) Kesilapan ramai orang ialah menjadikan cat putih sebagai sealer. Ini menyebabkan warna pilihan tidak sama seperti warna dalam kod, atau menjadi tompokan putih

    7) Apabila cat sealer sudah kering, mula cat warna. Kacau rata atau goncang dahulu. Sekiranya tidak, warna menjadi sedikit lari, atau sukar untuk menggelek roller. Cari bekas lain untuk bancuhan

    Untuk jotun, tidak perlu menambah air. Tambah hanya apabila disimpan dan ingin mengecat semula keesokannya. Namun, jangan terlalu banyak kerana warna menjadi tidak cantik dan tidak pekat.

    8) Teknik Mengecat

    Yang mudah dan berkesan ialah teknik W atau M, bermaksud arah gelekan roller mengikut bentuk huruf tersebut. Tunggu sehingga lapisan pertama kering, baru lapisan kedua. Selepas selesai, dapat dilihat warna sebenar cat.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Jika sudah menggunakan kaedah ini tetapi cat masih tidak lawa dan tidak rata, tengok pada keadaan dinding, plaster dan faktor-faktor lain. Yang penting, elakkan menggunakan cat murah. Biar sedikit mahal tetapi puas hati.

    Kredit: Azlan Mohamad

    panduan cat rumah teknik cat rumah tips asas mengecat
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAkhirnya Sempurna, Ini Hasil Dekorasi Rumah Dengan Warna Tema Turquoise
    Next Article Perubahan Dekorasi Ruang Dalam Rumah Kampung Dengan Gaya Bajet

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.