Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»‘Makeover’ Bilik Tidur Kecil Dengan Bajet Terhad, Konsep Simple & Praktikal
    Bilik Tidur

    ‘Makeover’ Bilik Tidur Kecil Dengan Bajet Terhad, Konsep Simple & Praktikal

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDFebruary 9, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Perkongsian kali ini adalah mengenai ‘makeover’ bilik tidur yang bersaiz kecil iaitu lebih kurang 8 x 12 kaki sahaja. Dengan bajet yang terhad, Seno Rita memilih konsep yang simple dan praktikal untuk biliknya. Modal keseluruhan pula tidak sampai RM 2K termasuk:
    – Bantal
    – Katil kayu solid dan tilam (secondhand) berharga RM 400
    – Set comforter jenis cotton bersaiz king jenama Akemi berharga RM 262
    – Langsir berharga RM 18.90 sehelai, rod berharga RM 33 dan klip berharga RM 4 dari kedai SuperSave
    – Aircond 1 hp jenama Gree (non-inverter)
    – Kipas beserta lampu jenama NSB model babywhite berharga RM 300 dari kedai elektrik
    – Chest drawer 4 laci berharga RM 200 dan almari pakaian 2 pintu berharga RM 180 dari kedai pakistan
    – Cermin berharga RM 18 dari Mr. DIY
    – Frame gambar
    – Cat putih jenama Sancora Paint Silk @Guard untuk mengecat almari dan dinding
    Tidak termasuk RM 2K:
    – Upah tukang cat dan tukang pasang aircond dan kipas (dibuat oleh team Dadi Ben (Facebook))
    VIEW IN GALLERY
    Dia menggunakan 8 helai langsir iaitu 4 helai lapisan luar (jenis lubang-lubang halus) dan 4 helai lapisan dalam (jenis chiffon yang lembut dan nipis).
    Katil asal berwarna hitam, kemudian dicat putih.
    VIEW IN GALLERY
    Almari asalnya berwarna coklat gelap tetapi dicat baru.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Lampu ini mempunyai 3 warna.
    VIEW IN GALLERY
    Tikar rotan berharga dalam RM 80 dari Serikin.
    VIEW IN GALLERY
    Chest drawer digunakan untuk menyimpan baju dan seluar yang berlipat.
    Bekas dari buluh berharga dalam RM 15 dari kedai barang Jepun secondhand.
    VIEW IN GALLERY
    Asalnya berwarna coklat yang suram, tetapi dibalut menggunakan alas dinding dapur, berharga RM 3 segulung dari kedai SuperSave.
    VIEW IN GALLERY

    Baginya, ia tidaklah mewah tetapi selesa. Semoga memberi semangat dan inspirasi kepada yang ingin ‘makeover’ bilik dengan bajet terhad seperti Rita.

    Kredit: Seno Rita

    deko bilik tidur kecil idea deko bilik ubahsuai bilik tidur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Lampu Gantung Yang Sangat Jimat. Kos Tak Sampai RM 50
    Next Article Kenali Material Kabinet Dapur Sebelum Memilih Untuk Kediaman Anda

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.