• Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
HIAS.MY
  • Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
  • Facebook

  • RSS

Bilik air

‘Makeover’ Tandas Tetamu Kepada Ala-Ala Hotel Idaman. Memang Serupa!

‘Makeover’ Tandas Tetamu Kepada Ala-Ala Hotel Idaman. Memang Serupa!
Nurul Husna MD
May 14, 2021
Mohon share tanda suka

Perkongsian kali ini menceritakan tentang kisah seorang isteri dalam mendapatkan tandas ala-ala hotel idaman. Segala pemilihan dan pembelian barang dilakukan sendiri olehnya. Menurutnya, disebabkan renovasi yang cantik telah dilakukan pada living hall rumahnya, tandas juga perlu dalam keadaan yang cantik. Tambahan pula, ianya merupakan tandas tetamu yang terletak di tingkat bawah.

Katanya kepada suaminya, dinding tandas ini mengalami kebocoran, jadi perlu dilakukan water-proofing. Alang-alang memecahkan jubin, dia turut serta dalam ‘makeover’ tandas ini kepada ala-ala hotel idaman dengan anggaran kos keseluruhan lebih kurang RM 9K – RM 10K.

Tandas Sebelum Dan Semasa ‘Makeover’

VIEW IN GALLERY

Keluasan tandas kecil sahaja iaitu 4′ x 7′.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Dia mengukur sendiri segala keperluan demi memuaskan keinginan sendiri.

Hasil ‘Makeover’ Tandas Dan Proses Dekorasi

VIEW IN GALLERY

Jubin dari kedai Super Ceramic.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Bahagian paling seronok baginya adalah, pemilihan segala jenis aksesori seperti berus tandas + pemegangnya ini. Ia berharga RM 1++ dari kedai aksesori bilik air. Boleh menggantikan berusnya sahaja apabila sudah rosak.

VIEW IN GALLERY

Hasil Akhir Tandas Bak Hotel Selepas Dekorasi

VIEW IN GALLERY

Kos cermin (shower screen) beserta pemasangannya adalah RM 1.2K.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Tracklight dari kedai lighting. Harga set lengkap adalah dalam RM 100 lebih.

VIEW IN GALLERY

Kos pintu dijimatkan dengan melekatkan stiker wallpaper corak marble sahaja.

Suatu hari nanti apabila tiba masa dan rezeki, dia ingin menaiktaraf bilik air dalam bilik tidur utama pula.

Kredit: Nurhawa Arsad

Related Itemsdeko tandas ala hotelhasil ubahsuai tandasidea deko tandas
Bilik air
May 14, 2021
Nurul Husna MD
Related Itemsdeko tandas ala hotelhasil ubahsuai tandasidea deko tandas

More in Bilik air

Dekorasi Simple Bilik Air Tetamu Rumah Subsale Jadi Lebih Selesa Hasil Ubahsuai

Nurul Husna MDApril 15, 2022
Read More

Wanita Ini Kongsi Dekorasi 2 Buah Tandas & Bilik Wuduknya Hasil Renovasi

Nurul Husna MDMarch 31, 2022
Read More

Hasil Lihat YouTube, Lelaki Ini Ubahsuai Sendiri Bilik Air Ibu Guna Epoxy Flakes

Nurul Husna MDFebruary 7, 2022
Read More

Hasil Angkat ‘Bendera Putih’, Keluarga Ini Dapat Bina Tandas Selepas 2 Tahun

Nurul Husna MDFebruary 2, 2022
Read More
Scroll for more
Tap
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Inginkan Island Kitchen, Wanita Ini DIY Sendiri Guna Kayu & Papan Katil Terbuang
    DapurApril 21, 2022
  • Dahulu Terbiar, Lorong Belakang Ini Dijadikan Kebun Taman Hasil Usaha Bersama
    Idea DekorasiApril 26, 2022
  • Ibu Ini Kongsi Dekorasi Bilik Bermain Anak Guna Barangan IKEA Hasil Ubahsuai
    Idea DekorasiApril 22, 2022
  • DIY Shera Plank, Ini Hasil Ubahsuai Laman Belakang Rumah Jadi Tempat Santai
    DIYApril 22, 2022
  • Rekabentuk Rumah Teres Ini Simple, Tapi ‘Berani’ & Berbeza Dengan Rumah Lain
    Idea DekorasiMay 20, 2022
  • Dekorasi Rumah Tahap 4 Di Vietnam Yang ‘Sweet’ & ‘Cozy’ Hasil Renovasi
    Idea DekorasiMay 19, 2022
  • Dekorasi Rumah Tunggal 2 Tingkat Gaya Kontemporari Moden Hasil Renovasi
    Idea DekorasiMay 19, 2022
  • Terletak Atas Bukit, Rumah Kecil Dengan Sebuah Bilik Ini Didekorasi Gaya Mewah
    Idea DekorasiMay 18, 2022
  • izzat luqman says:

    Total price how much?

  • zubirhamidon says:

    mohon sediakan pelan untuk ruang dapur saya.ruang 10 x 20.

  • Fazuin bin joseph says:

    Macam mana saya boleh dapat rumah ini

  • mohd shahril hazlim hamidon says:

    kalau mcm ni berapa kosnya tuan?




HIAS.MY

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Copyright © 2020 Hias.my

Projek DIY Island Table & ‘Makeover’ Siling Ruang Dapur. Kini Lebih Wow!
Idea Bina Backyard Storage Untuk Simpan Barang Di Laman Belakang Rumah