Sudah tentu terdapat perbezaan besar dalam mempunyai ruang yang selesa untuk melakukan kerja rumah, contohnya laundry. Maka satu transformasi bilik laundry atau utiliti bersaiz 3 m x 2 m dilakukan bersebelahan dapur biru sebuah rumah di Cardiff, Wales. Ruang dimaksimumkan dengan ‘membuang’ cahaya semulajadi melalui penutupan tingkap kecil dan pintu sisi, men-‘stacking’ mesin basuh dan pengering, membina rak yang seperti ditempah khas beserta bakul untuk setiap ahli keluarga, malah menambah ‘katil’ untuk 2 haiwan peliharaan.
Sebelum
Hasil Transformasi Bilik Laundry/Utiliti Yang Lebih Selesa
Tambahan brick slips terdedah (@reclaimedbricktile), pencahayaan lembut dan almari cerah memberikan bilik suasana rustik dan warmth.
Boiler tersembunyi di dalam almari larder berbentuk L. Bahagian belakangnya dipotong dan beberapa rak boleh tanggal ditambah apabila perlu diakses.
- Pembinaan – @j.e_home_improvements
- Lantai – @mandarinstoneofficial
Pengering pakaian wall-mounted (terlipat apabila tidak digunakan) di-DIY menggunakan katil lama (Gumtree).
- Cat dinding berwarna Egyptian Cotton – @duluxuk
- Bakul – eBay
Unit larder mesin bersaiz standard 600 mm. Sekeping worktop di antaranya ditutup dengan filler untuk menjadikannya kelihatan built-in.
Unit, worktop – @howdensjoinery
Semoga terinspirasi melihatnya!
Kredit: @thehawkes_victorianrenovation