Sukakan table top unik? Satu design berlapis 3D dihasilkan menggunakan teknik resin berlapis pada sebuah meja makan besar. Mahukan meja baru yang sedikit “extra”, fresco yang dilihat pada siling Itali dihasilkan semula dengan beberapa bahan kreatif, mural wallpaper, trim ornate dan banyak lapisan resin. Dalam gaya ‘old world’, ia perlu mempunyai perincian, dimensi dan kelihatan seperti ‘dipetik’ dari siling lama lalu ditransformasikan menjadi meja.
Langkah-langkah Penghasilan Design 3D Melalui Teknik Resin Berlapis
Frame/border yang jelas pada meja dihasilkan, menambah sejenis molding/trim sekeliling design bujur lebar dan edge meja. Cukup fleksibel untuk lengkung besar.
Ia ditampal sepanjang edge meja dan mural menggunakan pistol gam panas, menghasilkan trim pantas dan mudah bertujuan ‘memegang’ resin di tempatnya sewaktu dituang dan memberikan border rupa 3D mewah.
Foam tipis menjadi cukup kukuh dengan melitupinya dengan 2 lapisan caulk boleh cat, diratakan dengan jari. Ia menambah kestabilan diperlukan trim dan kemasan ‘kurang sempurnya’nya kelihatan seperti molding plaster.
Kepingan molding dekoratif plastik disusun sehingga mendapat layout diinginkan. Frame diisi trim ornate sebanyak mungkin. Semua kepingan dipasang kukuh pada meja menggunakan pistol gam tanpa wayar Ryobi.
Semua kepingan trim dicat putih Americana Decor menggunakan berus Zibra, menjadikannya seamless dengan top dan kelihatan lebih seperti finished plasterwork. Disapu bebas, kawasan tebal yang mungkin ‘retak’ dan ketulan yang mungkin ‘berkumpul’ sengaja dibuat agar kelihatan lebih seperti plaster kasar dan berusia.
Setelah semuanya kering, kit 2 gelen resin dicampur sebati.
Tuangan pertama di tengah meja.
Lihat langkah sebelumnya di bahagian 1 dan sambungannya di bahagian 3 dan 4!
Kredit: Chica and Jo