Bila dah bosan dengan corak wallpaper bilik, daripada menukar wallpaper baru, kita cuba menukar langsir pula yang sesuai dengan wallpaper. Tambahan pula jika wallpaper masih dalam keadaan elok. Jadi, ubah suasana bilik dengan menjahit sendiri langsir baru seperti yang dilakukan oleh seorang wanita ini. Sebelum ini, langsir jenis ‘tab top’ berwarna kelabu membuatkan bilik nampak suram, tetapi selepas ditukar kepada langsir jenis ‘eye-let’ menggunakan warna yang terang iaitu merah maroon, suasana bilik juga bertukar menjadi lebih berseri. Dengan menggunakan kain dari Nagoya berharga RM 6.50 semeter dan ‘eye-let ring’ dari Romantika, kami kongsikan cara menjahit langsir berserta ukuran yang boleh dijadikan panduan untuk anda.
1. Ukuran tingkap:
Lebar (162 cm/64”) x tinggi (227 cm/89”)
2. Cara mengira kain:
Lebar x 2 = 64” x 2 = 128” (untuk 2 keping langsir)
Tinggi + basi atas + basi bawah = 89” + 5” + 12” = 106” atau 2.8 meter
Perlukan 2 keping (2.8 meter x 2 = 5.6 meter)
3. Ukuran meter kain yang diperlukan:
Kain bidang 60”: 5.6 meter
Kain bidang 110”: 3.4 meter
4. Cara memotong kain:
Perlukan 2 keping.
Bidang 60” = lebar 60” x tinggi 106”
Bidang 110” = lebar 3.4 meter\2 = 1.7 meter atau 68” (dah termasuk 4” basi kiri dan kanan)
*Labuh tidak perlu dipotong
*Basi jahitan bawah tidak perlu, hanya basi jahitan untuk atas sahaja
5. Langkah menjahit:
a) Jahit (1” + 1”) kiri dan kanan (rujuk gambar)
*(1” + 1”) lipatan ke dalam
b) Lipat bahagian atas (4” + 1”) (rujuk gambar)
*1” inci basi ke dalam
c) Jahitkan tape eye-let
d) Lubangkan bahagian eye-let ring pada tape dengan menggunting
e) Pasangkan ring eye-let pada bahagian depan dan dalam
f) Jahitkan basi bawah dan gantungkan pada rod dahulu. Lipatkan basi bawah ketika menggantung untuk mendapatkan jatuhan yang betul-betul kemas atas lantai
Jika malas, jahit basi bawah (6” + 6”)
*6” simpan dalam
Siap. Jahit sendiri sahaja lebih murah berbanding menempah langsir.
Bila dah disediakan sekali nota ukuran dan cara jahit seperti ini, selepas ini tidak perlu lagi nak membuat ukuran baru.
Kredit: Huda Zainal
Gallery of Naik Seri Bilik Apabila Tukar Langsir Warna Terang. Jahit Sendiri Je Senang
Tags: #idea langsir bilik #idea tukar langsir #ubahsuai bilik